Miliki dadah: Pesara TUDM dipenjara lima bulan

Dari Penulis

SEORANG pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah, September lepas.

Majistret S. Mageswary menjatuhkan hukuman itu terhadap Lee Beng Song, 67, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 5 Sept lepas.

Lee dijatuhi hukuman penjara lima bulan kerana memiliki dadah jenis heroin dan monoacetylmorphine seberat 1.7 gram di Jalan Mahkota, Cheras di sini jam 11 pagi 5 Sept lepas, mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama.

Lelaki itu juga dikenakan hukuman penjara tiga bulan dan pengawasan polis dari Agensi Antidadah Kebangsaan selama dua tahun kerana memberikan dadah jenis morphine kepada dirinya sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Cheras, di sini pada jam 1.20 tengah hari, tarikh sama, mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Bagaimanapun, tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara lima bulan selepas mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan secara serentak.

Baca juga: Kastam rampas 807.9 kg dadah berbahaya Fentanyl

Timbalan Pendakwa Raya, Sareeka Balakrishnan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Peguam Edwin Tomas dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), yang mewakili tertuduhm merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya tidak mempunyai ahli keluarga dan menghidap penyakit darah tinggi kronik.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This