KERAJAAN Perpaduan tidak akan mengikut jejak langkah ahli Parlimen pembangkang yang menunggang nama Melayu dan menjadi ‘Ali Baba’ kepada syarikat bukan Melayu.
Itu penegasan Menteri Ekonomi merangkap Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli terhadap isu hala tuju agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputra yang dimainkan kem pembangkang ketika ini.
Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, semua pentadbiran Kerajaan Persekutuan mengakui ada agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputra.
Rafizi turut menjelaskan bahawa fokus beliau adalah untuk meningkatkan sumbangan ekonomi Bumiputra memandangkan jumlah perusahaan Bumiputra adalah besar tetapi sumbangan ekonominya secara relatif masih ada jurang.
“Daripada lebih sejuta entiti perniagaan di negara ini, hanya 3 peratus adalah syarikat-syarikat besar, sementara sekitar 2 peratus adalah syarikat bersaiz sederhana.
“Sekitar 15 peratus adalah syarikat kecil, sementara 80 peratus entiti perniagaan adalah perniagaan mikro.
“Majoriti pemilik entiti perniagaan mikro dan kecil ini (iaitu sekitar 95 peraus dari entiti perniagaan berdaftar) adalah dari kalangan peniaga Bumiputra,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di media sosial hari ini.
Baca juga: Usahlah tipu pendapatan, Asyraf Wajdi tegur ibu bapa semata-mata mahu anak diterima MRSM
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, usaha menskalakan perniagaan mikro, kecil dan sederhana agar mereka naik ke takuk lebih atas serta usaha memperkasakan perniagaan Bumiputra adalah satu usaha yang bertindih dan boleh digerakkan seiring.
Beliau berpandangan, kerajaan perlu menggunakan pendekatan-pendekatan baru dalam merangka dasar-dasar baru untuk memperkasa ekonomi Bumiputra.
Katanya, program kerajaan perlu berhati-hati untuk mengelakkan pergantungan kepada bantuan kerajaan yang boleh mengikis daya saing.
“Sementara agensi kerajaan terus membangunkan program untuk membantu ekosistem perniagaan Bumiputra, pengusaha Bumiputra pula mestilah membangunkan perniagaan berasaskan 3P (product, problem, people).
“Barulah kita boleh mengelakkan tragedi Jana Wibawa berulang kembali,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

