Usahlah tipu pendapatan, Asyraf Wajdi tegur ibu bapa semata-mata mahu anak diterima MRSM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegur sikap segelintir ibu bapa yang sanggup ‘menipu’ pendapatan yang diterimanya hanya kerana mahu anak memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Dalam hantaran di Facebook, Asyraf Wajdi berkata, tindakan sedemikian membuatkan hak orang miskin lain diambil.

Pada masa sama, kata beliau, tindakan dilakukan segelintir ibu bapa itu juga membuatkan anak-anak belajar dalam keadaan tiada keberkatan.

“Usahlah menipu pendapatan hanya untuk dikategorikan B40 supaya anak diterima MRSM.

“Kasihan kepada anak-anak yang belajar dalam keadaan tiada keberkatan akibat mengambil hak orang miskin yang lain,” katanya dalam hantaran itu.

Baca artikel lain: Tidak ada polisi MRSM untuk pelajar miskin semata-mata, jelas Asyraf Wajdi

Walaupun tidak pernah ada dasar menyatakan hanya pelajar miskin boleh memasuki MRSM sejak penubuhan institusi pendidikan itu tetapi keutamaan tetap diberikan kepada anak daripada golongan berpendapatan rendah.

Dasar Mara menetapkan kuota 60 peratus pelajar MRSM adalah dalam kalangan B40 manakala selebihnya mereka yang layak iaitu lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) daripada kalangan M40 dan T20.

Asyraf Wajdi sebelum ini malah mengatakan MRSM tidak pernah lari daripada tujuan penubuhannya iaitu melahirkan generasi pelajar yang holistik dalam kalangan bumiputera yang cemerlang dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dan pada masa sama punyai keperibadian seimbang berteraskan nilai, adab serta akhlak Islam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This