Pengasas RHB, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dilantik Pengerusi Tabung Haji

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGASAS RHB, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai anggota lembaga dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam kenyataan hari ini.

Pelantikan Abdul Rashid itu bagi menggantikan Tan Sri Azman Mokhtar yang tamat tempoh sebagai Pengerusi Tabung Haji.

Menurut Mohd Na’im, Abdul Rashid merupakan seorang ahli perniagaan berjaya yang juga merupakan pengasas Kumpulan RHB iaitu antara institusi perbankan terbesar di Malaysia.

Beliau berkata, Abdul Rashid juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Khazanah Nasional Berhad dari tahun 1994 hingga 1998.

Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan Pengerusi Putrajaya Holdings dari tahun 1995 hingga 2000.

“Abdul Rashid juga adalah antara enam ahli yang dilantik Yang di-Pertuan Agong dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

“Laporan RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji dari tahun 2014 hingga 2020 telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Tabung Haji perkasa tadbir urus berasas maqasid syariah

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, tokoh perniagaan itu juga merupakan Ahli Lembaga Gabenor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pada masa sama, beliau juga pernah dianugerahkan Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1445H/2023M atas sumbangan kepada negara dan masyarakat.

“Sesungguhnya pengalaman luas Abdul Rashid sebagai seorang tokoh korporat amat berharga dalam meneruskan kecemerlangan Tabung Haji sebagai institusi pengurusan haji bertaraf dunia di samping membantu dalam memacu usaha pengukuhan yang sedang dan terus berjalan.

“Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Azman atas segala jasa bakti serta perkhidmatan terbaik khasnya dalam memimpin Lembaga Pengarah Tabung Haji dan secara amnya semua warga Tabung Haji,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Empat direman dera pembantu rumah di Johor

DUA pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden memukul tiga pembantu rumah warga Indonesia yang rakaman...

More Articles Like This