Dikecam promosi & minum ‘darah Palestin’, Dini Schatzmann tutup komen IG

Dari Penulis

“MINUM darah palestin, boikot!” tulis seorang individu yang marah dengan tindakan pelakon Dini Schatzmann yang dilihat mempromosikan minuman berkarbonat di laman Instagramnya.

Menerusi hantaran itu, rata-rata netizen menyifatkan pelakon itu tidak sensitif dengan isu yang sedang berlaku di bumi bergolak Palestin kerana masih sanggup mempromosikan produk yang mempunyai kaitan dengan Israel.

“Minuman kegemaran sepanjang masa yang melengkapkan setiap hidangan dan membuatkan semuanya sempurna,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Ruangan komen turut dihujani kecaman dan respon marah daripada peminat serta ada yang ingin memboikot karier seni suami kepada Janna Nick itu.

Dini atau nama penuhnya Dini Azan Schatzmann, 29, bagaimanapun telah bertindak menutup ruangan komennya.

Terdahulu, penindasan rakyat Palestin oleh Israel yang telah mengorbankan ribuan nyawa penduduk Gaza telah mendapat perhatian global.

Bahkan, ramai selebriti tempatan lantang bersuara dalam menunjukkan solidariti mereka dan mengutuk kekejaman Zionis di media sosial masing-masing.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This