“Tolonglah bertimbang rasa dengan wanita hamil, warga tua yang bersama kerusi roda” – Ika Nabella kesal masyarakat tak ada sivik isu kemudahan lif

Dari Penulis

PELAKON Ika Nabella meluahkan rasa kecewa dan jengkel dengan sikap sesetengah individu yang memandang enteng perihal keutamaan golongan memerlukan ketika menggunakan kemudahan lif.

Ujar Ika atau nama sebenarnya, Nabila Abdul Rahim, 34, berkata di pengkongsian Instagram Story miliknya, masyarakat seharusnya lebih bertimbang rasa serta mendahulukan golongan warga emas dan ibu hamil.

“Maaf saya memang kena bercakap mengenai perkara ini. Ya, memang penggunaan kemudahan eskalator atau lif adalah pilihan masing-masing.

“Tetapi tolonglah bertimbang rasa dengan wanita hamil, warga tua yang bersama kerusi roda, ibu bapa dengan anak kecil berkereta sorong.

“Gunakan eskalator bukan perlu panjat tangga pun. Sanggup kalian yang sihat bertenaga tengok orang tua berkerusi roda tunggu lif lama, ibu handle anak sorong naik turun eskalator ya?,” ujarnya.

Dalam pengkongsian yang lain, aktres itu turut berharap agar masyarakat lebih diberi pendedahan dan kesedaran mengenai hal ini malah, dia juga kesal kerana sudah beberapa kali berdepan dengan perkara seperti ini.

“Masyarakat perlu didedahkan dengan kesedaran sivik terutama bagi sesiapa yang buta perut. Nampak mudah tetapi menyusahkan ramai pihak.

“Saya sudah banyak kali jumpa orang pentingkan diri memenuhkan lif dan biarkan orang tua berkerusi roda, ibu bapa dengan kereta sorong, ibu hamil tunggu lama depan lif.

“Kali ini saya panas hati apabila seorang individu gelak-gelak siap perli orang yang menunggu lif.

“Abang baju merah berumur 40-an yang memerli saya di Sogo, KL tadi (semalam) awak sepatutnya belajar pendidikan sivik di sekolah atau tidak pernah sekolah.

“Malulah tua bangka tak ada akal, buta perut macam tu. Bencinya orang pentingkan diri. Hilang sabar sungguh,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This