Jari kanak-kanak tersepit eskalator, JKKP keluar notis larangan operasi

Dari Penulis

DUA hari lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun tersepit jari kaki semasa sedang menaiki eskalator di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu.

Kanak-kanak itu kemudian dibantu pihak teknikal pusat beli-belah dan orang awam yang menghentikan eskalator tersebut sebelum dapat mengeluarkan kaki mangsa.

Mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menerima rawatan.

Susulan kejadian itu yang turut tular di media sosial, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan telah mengeluarkan notis larangan operasi eskalator kepada pengurusan pusat beli-belah tersebut.

Pengarah JKKP Kelantan, Abdul Aziz Salim berkata, notis yang berkuat kuasa hari ini tidak membenarkan eskalator tersebut untuk beroperasi dalam tempoh satu hingga dua minggu.

Katanya, ini sehinggalah pihak pengurusan melakukan kerja-kerja pembaikan dan dijamin selamat untuk digunakan.

“JKKP Kelantan juga telah memanggil pihak pengurusan premis, firma yang kompeten (FYK) dan Pesatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK Malaysia) untuk tindakan lanjut.

“Tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 atau Akta Kilang dan Jentera 1967,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Aziz seperti dilapor Bernama berkata, pihaknya memandang serius terhadap kemalangan itu dan menasihatkan pengguna terutama ibu bapa supaya sentiasa mengawasi anak-anak mereka semasa menggunakan eskalator.

“Sebelum ini sudah ada beberapa kes kesemuanya melibatkan kanak-kanak yang pada usia ini pergerakan mereka tidak terjangka dan perlu ada kawalan daripada penjaga.

“Penggunaan kasut seperti kasut getah, tali kasut terjuntai dan kanak-kanak memasukkan apa-apa peralatan boleh menyebabkan eskalator terhenti sekali gus membahayakan mereka,” katanya.

Beliau turut meminta pihak pengurusan pasar raya supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti meletakkan papan tanda peringatan dan mengadakan pengumuman kepada orang awam dari semasa ke semasa mengenai pematuhan langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan bagi penggunaan eskalator.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki didakwa pasang skimmer ATM, cuba curi data pelanggan bank

TAKTIK licik dua lelaki tempatan memasang peranti skimmer pada mesin juruwang automatik (ATM) bagi mencuri maklumat perbankan pelanggan berjaya...

More Articles Like This