SEORANG lelaki dikhuatiri lemas selepas mandi di dalam Tasik Biru Kundang, Rawang, petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 3.32 petang.
Beliau berkata, sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Karang dan Pasukan Penyelamat di Air telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi dan mendapati seorang lelaki telah mandi di lokasi kejadian.
“Bagaimanapun mangsa dengan identiti tidak diketahui itu kemudian didapati tidak timbul oleh rakannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

