“Jangan terlebih dos, drip berisiko rosakkan buah pinggang,” – Dr Che Hafiz nasihat jangan terlalu taksub nak putih. Turut ulas rawatan filler di zakar berisiko cacat kekal

Dari Penulis

Atas dasar tanggungjawab sebagai doktor estetik, Dr Che Hafiz mengulas dan memberi pandangan akan isu kecantikan yang cukup panas membabitkan drip memutihkan kulit dan merkuri. Jelasnya, rawatan yang membabitkan tubuh badan haruslah mendapatkan nasihat doktor bertauliah kerana ia berisiko kepada kesihatan organ dalaman.

Jangan terlebih dos, berisiko rosakkan buah pinggang

Mengakui ramai individu mahukan kesan yang pantas sehingga mengabaikan kesan jangka panjang kepada tubuh badan. Ulas Dr Hafiz, rawatan drip di klinik estetik bertauliah sememangnya selamat kerana ia dilakukan di bawah pemantauan doktor pakar dengan dos yang ditetapkan. Namun yang menjadi masalah apabila ramai mendapatkan rawatan dengan penjual online, malah ada yang melakukannya sendiri di rumah.

“Masyarakat kita dimomokkan dengan persepsi negatif apabila lakukan drip kerana didakwa akan merosakkan buah pinggang dan hati. Saya tidak hairan kerana banyak pesakit yang datang bertanyakan soalan yang sama berpuluh kali sebelum menerima rawatan drip.

“Memang di luar sana terdapat beratus jenis drip yang menjanjikan akan putih dalam masa lima hari, namun untuk mendapatkan rawatan drip haruslah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. Ia selamat namun harus kena dengan caranya.

“Ada banyak fungsi drip seperti untuk mencerahkan kulit dan untuk sihat. Dan tidak mustahil ada yang rosak buah pinggang kerana mengambil drip, lebih-lebih lagi yang mengambil dos terlalu tinggi sehingga beribu milligram sedangkan badan hanya mampu menerima 1000mg sehari. Selalunya mereka ini membeli drip di kedai online atau daripada penjual tidak bertauliah.

“Tidak dinafikan ada yang hasilnya putih seperti mayat namun percayalah ia berbahaya untuk tubuh badan. Dos yang berlebihan menjadi toksik dan memberi risiko kanser kulit kerana kita secara drastik mengubah sistem di dalam badan. Biar lambat asal selamat kerana memang terdapat kandungan drip yang diktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia,” ulasnya.

@majalahwanita

Ramai yang beli drip putihkan kulit dari online & buat rawatan sendiri. Ini pesan Dr Hafiz #wanita #utusantv #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #dripputih #drchehafiz

♬ original sound – Majalah Wanita – Majalah Wanita

Ibu hamil dan menyusu tolong elak produk merkuri

Pemilik kepada Klinik Regalion Kota Damansara itu turut menyentuh akan bahaya produk berasaskan merkuri dan bagaimana ia memberi kesan kepada organ dalaman.

Jelas Dr Hafiz, masalah kulit seperti jeragat dan jerawat hanya hilang pada penggunaan pertama namun akan kembali dengan lebih teruk di kemudian hari.

“Saya memahami ramai di kalangan kita yang tertekan apabila kulit penuh jerawat, jeragat dan gelap. Dan atas sebab itu ramai yang mengambil keputusan drastik menggunakan produk berasaskan merkuri. Kandungan merkuri seperti bahan peluntur yang mampu mencerahkan dan melicinkan kulit dalam masa tidak sampai seminggu namun kesan jangka panjang terhadap tubuh badan sangat bahaya. Penggunaan produk merkuri akan menyebabkan kulit kering dan tidak sihat.

“Memang jerawat dan jeragat akan hilang pada penggunaan pertama produk merkuri namun jeragat dan jerawat akan kembali dengan lebih teruk kemudian hari. Dan penggunaan jangka lama lebih enam bulan merkuri akan menjejaskan fungsi organ dalaman,” katanya.

@majalahwanita

Ramai yang beli drip putihkan kulit dari online & buat rawatan sendiri. Ini pesan Dr Hafiz #wanita #utusantv #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #dripputih #drchehafiz

♬ original sound – Majalah Wanita – Majalah Wanita

Suami kepada Julia Farhana ini turut menegaskan dan memohon agar ibu hamil dan ibu menyusukan bayi agar tidak menggunakan produk merkuri kerana ia berisiko kepada bayi.

“Bagi ibu hamil dan menyusu pula, ia memberi toksik dan bahaya kepada bayi. Memberi risiko kecacatan kepada bayi. Memang tidak masuk akal bagi seorang ibu yang sedang hamil gunakan produk merkuri. Memang ada penjual kata dosnya kecil, namun tolonglah elakkan kerana kita tidak tahu bagaimana kadar penyerapan tubuh kepada bahaya merkuri tersebut,” ulasnya lagi.

Suntikan pada zakar dan filler

Bukan sekadar kecantikan, Dr Hafiz juga turut menawarkan rawatan suntikan pada zakar bagi lelaki yang mengalami masalah tenaga batin. Jelasnya, rawatan P-Shot antara yang popular dan memberikan kesan yang cepat.

“Memang diakui ramai lelaki mendapatkan rawatan P-Shot kerana lemah tenaga batin dan terdapat banyak punca antaranya penyakit, gangguan saraf, trauma dan kemalangan. Nasihat saya jangan malu dan dapatkan rawatan segera kerana ia boleh diubati dengan P-Shot atau suntikan pada zakar.

“Suntikan pada zakar antara rawatan yang popular untuk mengembalikan fungsinya. P-Shot merupakan rawatan di mana suntikan dilakukan dengan mengambil platlet darah pesakit sendiri dan ia bersifat membaiki. Kemudian doktor akan suntik di bahagian otot zakar sebagai 10 hingga 15 cc dan boleh juga disuntik bersama stemcell. Ia prosedur yang sangat natural dan tidak memberikan kesan dan komplikasi.

“Proses ini berbeza dengan filler kerana ia memberikan kecacatan kekal kepada zakar, perlu berhati-hati kerana bimbang jika ia terkena saluran darah dan menyebabkan zakar bengkok dan tidak berfungsi,” ulasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Patutlah Sentiasa Berseri! Rahsia ‘DNA Ikan Salmon’ Scha Alyahya Akhirnya Terbongkar

SIAPA sahaja yang tidak terpesona melihat kejelitaan rupa paras dan sosok tubuh pelakon serta ikon fesyen tersohor, Scha Alyahya?  Walaupun...

More Articles Like This