Penagih dadah pecah rumah di Ampang ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG penagih dadah ditahan selepas didapati terlibat dalam kegiatan pecah rumah di Jalan Kosas 3/11, Ampang pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian daripada seorang pesara wanita.

Beliau berkata, pengadu mendakwa telah meninggalkan rumah dalam keadaan baik pada pukul 10 pagi.

“Bagaimanapun setelah pulang dari klinik pergigian pada pukul 3.30 petang, pengadu dapati pagar utama rumah dalam keadaan terbuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemeriksaan pada gerigi besi pintu mendapati terdapat kesan umpil pada telinga kunci.

“Pengadu mendapati wang simpanan bernilari RM1,000 yang disimpan di dalam beg tangan telah tiada dan disyaki dicuri,” ujarnya.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki India di Jalan Prima Setapak pada pukul 6.30 petang semalam.

Turut dirampas telefon bimbit, wang tunai Ringgit Malaysia serta mata wang asing dan pelbagai barangan kemas disyaki dicuri.

Mohd Azam berkata, suspek melakukan perbuatan pecah rumah bersama rakan sejenayah yang ditahan polis pada kelmarin.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan mempunyai 31 rekod lampau melibatkan jenayah dan narkotik serta satu rekod dikehendaki polis.

Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 4 Januari.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This