#URTVRECAP2023 Ini 12 selebriti jodoh tak panjang & pilih bercerai jalan terbaik

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

TIADA siapa mahukan mahligai perkahwinan yang dibina atas paksi cinta berakhir dengan perceraian.

Namun, manusia hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya. Jodol, ajal dan maut semuanya sudah tertulis buat semua insan.

Begitu juga buat pasangan selebriti tempatan yang sebelum ini sering dijadikan inspirasi oleh masyarakat luar namun tetap tidak dapat lari diuji dengan hal yang berat termasuklah kegagalan dalam rumah tangga.

Untuk artikel kali ini, sebagai menutup tirai 2023, jom sama-sama kita recap semula senarai artis yang sudah bercerai tahun ini.

Alicia Amin & Farzan Iqbal

Pelakon dan model Alicia Amin reda apabila mahligai perkahwinan yang dibina bersama Farzan Iqbal sejak dua tahun lalu menemui titik penamat pada 1 Mac lalu.

Mereka bercerai secara baik dan masih lagi mengekalkan hubungan sebagai teman baik.

Terdahulu, Alicia berkahwin dengan Farzan, seorang doktor perubatan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada Februari 2021. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Shuk Sahar & Rossa Sera

BEKAS isteri Shuk iaitu Rossa Sera mendedahkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu selepas berlaku curang ketika mereka masih suami dan isteri.

Pasangan ini akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.

Untuk rekod, mereka bernikah pada 20 Disember 2015 dan memiliki dua anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia empat tahun.

Datuk Zainal Abidin Hassan & Fyna Jebat

Fyna Jebat yang merupakan kakak kepada penyanyi Ayda Jebat itu bergelar isteri kepada bekas bintang bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan pada Januari 2023.

Namun, kebahagiaan mereka itu hanya bertahan selama empat bulan selepas sah bercerai Mei lalu.

Difahamkan, pasangan yang memilik perbezaan usia 31 tahun itu tidak mendapat persetujuan daripada isteri pertama Zainal iaitu Datin Zalina Zaini.

Puteri Sarah Liyana & Syamsul Yusof

Berita perceraian pasangan ini menjadi kisah paling panas dan sensasi untuk 2023. Kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana sudah bermula sejak empat tahun lalu.

Puteri Sarah mendakwa wujud orang ketiga dalam perkahwinan mereka apabila Syamsul berlaku curang dengan wanita dikenali sebagai Ira Kazar.

Konflik mereka makin tegang selepas Syamsul mengumumkan sudah bernikah dengan Ira di Thailand pada Januari lalu. Kemuncaknya, Syamsul dan Puteri Sarah sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu selepas beberapa kali turun dan naik mahkamah.

Untuk info, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua anak, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Afiq Muiz & Pachara Apin

Rumah tangga aktor Afiq Muiz dan Pachara Apin turut mememui kegagalan setelah mereka sah bercerai pada 18 Julai lalu.

Pada awalnya, Pachara telah membuat laporan polis selepad mendakwa Afiq telah melakukan keganasan rumah tangga dengan memukulnya. Bagaimanapun, Afiq turut mebuat laporan polis selepas didakwa telah ditfitnah.

Setelah turuna naik mahkamah, akhirnya mereka bercerai dengan baik tanpa sebarang tuntutan. Afiq turut menarik semula tuntutan nusyuz yang difailkan pada 15 Jun kerana mendakwa Pachara berlaku curang.

Sementara Pachara pula turut tidak menuntut haknya sepanjang bergelari isteri kepada aktor berusia 31 tahun itu antaranya nafkah edah, mutaah, tunggakan nafkah isteri dan hutang dalam perkahwinan.

Sekadar info, pasangan ini berkahwin pada 26 Mac 2019 namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada

Kehancuran rumah tangga Hafidz Roshdi bermula selepas Nurul Shuhada mula menyebarkan kisah kecurangan aktor itu di media sosial selepas sekian lama bersabar.

Nurul Shuhada turut pernah ditumbuk di muka sebanyak tiga kali oleh Hafidz selepas kantoi bercinta dengan perempuan lain. Malah, Nurul Shuhada mendakwa Hafidz melafazkan cerai sebanyak dua kali pada 20 Januari menerusi kiriman WhatsApp.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan hanya satu lafaz cerai pada 22 Februari itu dapat disahkan. Akhirnya pasangan ini sah berpisah pada 27 Julai lalu.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua pasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Datuk ND Lala & Fauziah Sarman

Setelah 34 tahun berkongsi hidup bersama, ibu bapa kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Datuk ND Lala dan Fauziah Sarman akhirnya bercerai pada 2 ogos lalu.

ND Lala berkahwin lain tanpa kerelaan Fauziah sekaligus membuatkan dia minta untuk diceraikan kerana tidak mahu dimadukan.

Malah, sekitar bulan April lalu, Fauziah turut mendedahkan identiti wanita bernama Siti Muniarah Abd Ghani yang merupakan isteri kedua ND Lala.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1989 dan menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat anak iaitu Shila, 33; Amir Syafiq, 30; Amir Syahir, 28 dan Nur Syuhada, 25.

Datuk Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri

Pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie memaklumkan berita perceraian dengan isterinya, Datin Nina Sabrina, yang juga anak bekas Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi Instagram.

Menurut Jovian, mereka berpisah secara baik pada Ogos lalu dan sehingga kini masih lagi mengekalkan hubungan sebagai rakan demi membesarkan anak tunggal mereka, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.

Untuk info, pasangan ini berkahwin pada 11 Disember 2013.

Farid Kamil & Diana Danielle

Tiada siapa dapat menghidu mengenai tindakan Diana Danielle rupa-rupanya sudah memfailkan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada 20 Mac lalu.

Diana tetap ingin meneruskan proses bercerai biarpun Farid ketika itu tetap enggan melafaz cerai kerana masih ada rasa kasih dan sayang terhadap isterinya itu.

Pada 10 Ogos lalu, pasangan ini sah bercerai menerusi atas talian disebabkan keadaan kesihatan Farid masih lagi belum sepenuhnya sembuh selepas dijangkiti virus Covid-19.

Pun begitu, jodoh mereka sangat kuat dan demi memikirkan perasan anak-anak, mereka mengesahkan sudah kembali rujuk sekitar 31 Ogos yang lalu.

Pasangan ini berkahwin pada 3 November 2012 dan memiliki sepasang anak iaitu Muhammad,10 dan Nur Aurora yang kini berusia lapan tahun.

Noor Nabila & Engku Emran

Hanya sempat mengcap kebahagiaan selama dua tahun, pasangan Noor Nabila dan Engku Emran Engku Zainal Abidin akhirnya sepakat untuk bercerai pada 25 September lalu.

Pasangan ini berpisah secara baik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dengan talak satu.

Untuk rekod, Nabila dan Engku Emran bernikah pada 19 Mac 2021. Sebelum ini, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai pada 9 Julai 2020. Mereka mempunyai seorang anak tunggal bernama Jebat Jayden.

Manakala, Engku Emran pernah berkahwin dengan Erra Fazira dan memiliki seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Selepas bercerai dengan Erra, Engku bernikah dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella sebelum membuat keputusan untuk berpisah. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan anak.

Mawar Rashid & Raf Yaakob

Pasangan ini mendedahkan sudah bercerai dan memmbuat pengumuman di media sosial mereka pada November lalu.

Bagaimanpun, Mawar Rashid dan Raf Yaakob tidak mendedahkan tarikh sebenar mereka sah berpisah.

Jelas Mawar, keputusan untuk bercerai disebabkan sudah tiada lagi persefahaman sebagai suami dan isteri dalam perkahwinan.

Untuk info, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf yang merupakan adik kepada selebriti Datuk Fazley Yaakob pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, empat tahun, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Aziz M Osman & Puteri Lily

Rumah tangga pelakon, pengarah dan penerbit, Aziz M Osman dengan Puteri Lily Lokman yang dibina pada 6 Jun 2010 menemui titik noktah pada Julai lalu.

Berita tersebut dikongsika sendiri Puteri Lily menerusi media sosialnya kerana tidak mahu menimbulkan fitnah di belakang hari.

Jelas Puteri Lily, mereka berpisah secara baik dan bukan disebabkan wujudnya orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Pasangan ini memiliki dua orang anak iaitu Puteri Nur Azzahra dan Putera Muhamad Aryan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Petisyen ‘Remove Rohingya from Malaysia’ raih 319,546 tandatangan

PETISYEN 'Remove Rohingya from Malaysia' yang menggesa penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya dari Malaysia atau menempatkan mereka semula di...

More Articles Like This