PENYAMPAI radio, Fizi Ali, 34, menyelar tuduhan seorang individu yang mendakwa dirinya tidak mengambil tahu mengenai perihal anak perempuannya, Ameena Sofia sebelum ini.
Menerusi hantaran di Instagram Story Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin berkata, tuduhan yang dilemparkan individu itu dianggap fitnah yang berat.
“Berat fitnah ni dik, awak tag saya maksudnya awak nak saya jawab sebab masuk dekat DM saya ni,” ujarnya.

Dalam tangkapan layar yang di kongsi penyampai radio Hot FM itu, menunjukkan seorang individu yang mendakwa Fizi seorang yang tidak bertanggungjawab sebelum ini malah pernah curang dengan bekas isterinya, Shakilla Khoriri.
“Makin tak faham dengan jantan zaman sekarang. Kau dah kahwin baru pergi la buat anak baru yang kau nak merentan berebut anak kau yang bekas bini kau struggle bawak 9 bulan pehal eh?
“Masa kau jadi bapak dia dulu sikit kau tak heran dengan anak kau. Sekarang bila dah berpisah konon terpaling bapak ramai la eh perangai macam ini.
“Siap berebut anak dengan bekas bini padahal kau yang curang siap dah kahwin dah ada anak. Euw selekeh perangai ops,” kata individu tersebut.
Terdahulu, Fizi telah mengambil tindakan undang-undang susulan isu penjagaan anak bersama bekas isterinya kerana menurut Fizi, dia masih tidak dapat berhubung dengan anak kesayangannya itu apabila panggilan telefon tidak diangkat dan mesej tidak berbalas.

