Kerajaan lebih fokus ‘Langkah Pendigitalan’ – Loke

Dari Penulis

FOKUS kerajaan lebih terarah kepada usaha memperkasa ‘Langkah Pendigitalan’ bagi memastikan negara berkembang maju, kerana menerusi pendigitalan bersepadu dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar, membawa banyak manfaat kepada rakyat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata antaranya adalah langkah kerajaan yang sedang berusaha mengemas kini butir maklumat melalui Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), yang diyakini membolehkan negara berkembang dengan lebih maju.

“Apa sahaja langkah (yang hendak diambil), ambillah…, bagi kerajaan yang penting ialah agenda pendigitalan, dan Kementerian Pengangkutan juga fokus ke arah pendigitalan bagi memperkasakan myJPJ dan sebagainya,” katanya ketika diminta mengulas isu ‘Langkah Dubai’.

Sabtu lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa ‘Langkah Dubai’, satu gerakan yang cuba menjatuhkan kerajaan, timbul sewaktu percutian pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh dari pihak kerajaan, di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Baca artikel lain: Sanusi yakin Langkah Dubai akan jadi kenyataan, tidak menyalahi Perlembagaan

Semalam pula, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan wujud rancangan di pihak Perikatan Nasional (PN) untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan menerusi proses demokrasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Loke berkata Menteri Besar Kedah itu sepatutnya fokus kepada usaha memajukan negeri Kedah, bukannya ambil Langkah Chow Kit, Langkah Alor Setar atau apa-apa jua langkah semata-mata untuk tumbangkan kerajaan.

“Orang yang cakap terus terang tentang langkah untuk tumbangkan kerajaan adalah tidak bertanggungjawab. Sebagai menteri besar dan ahli politik sepatutnya fokus kepada kerja, Saya sebagai Menteri Pengangkutan, saya hanya ada satu langkah sahaja iaitu langkah pendigitalan Kementerian Pengangkutan,” katanya.

Terdahulu, Loke merangkap Ahli Parlimen Seremban menyampaikan cek sumbangan YTL Foundation berjumlah RM1 juta kepada Sekolah Menengah Kebangsaan St Paul, Seremban, hari ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja perempuan ‘amuk’, tikam rakan sekolah di Banting ditahan

SEORANG pelajar perempuan ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam kejadian menikam rakannya di sebuah sekolah menengah di Banting, pagi...

More Articles Like This