PERODUA akhirnya bersetuju untuk membeli semula kereta Bezza milik Nagakanni Subramaniam secara penuh yang rosak selepas lapan jam dibeli pada 17 Oktober lalu.
Perkara tersebut disahkan sendiri Nagakanni di laman Facebook menerusi hantaran yang dimuat naik malam ini.
Dengan keputusan tersebut, Nagakanni Subramaniam tidak perlu lagi membayar ansuran bulanan kereta yang rosak dan semua bayaran sebelum ini akan diterimanya semula.
“Perodua juga memberi tawaran untuk saya beli kereta kedua dengan kadar pinjaman bulanan yang sama atau untuk saya menolak tawaran ini dan beli kereta lain.
“Saya perlu buat keputusan ni dalam tujuh hari. Terima kasih Perodua atas keputusan ini,” tulisnya.
Nagakanni juga menzahirkan terima kasih kepada orang ramai yang menyokong dalam membantu menuntut haknya semula.
“Perjuangan menuntut hak daripada syarikat gergasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya seorang kerani yang hanya semut ini. Tapi saya belajar sesuatu.
“Walaupun kita kecil seperti semut, kalau kita bersatu tanpa kira warna dan kaum, kita akan berjaya. Akhirnya, kerana gula, semut bersatu,” tambahnya.
Sebelum ini UtusanTV melaporkan, Nagakanni meluahkan rasa kecewa apabila kereta Perodua Bezza yang dibelinya rosak dalam masa lapan jam.
Nagakanni memaklumkan, tiada sebarang jawapan dan penyelesaian sehingga kini selain terpaksa membayar ansuran bulanan kereta sebanyak RM537 walaupun masih rosak.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

