TULAR sejak kelmarin rakaman seorang anggota Jabatan Pengangkutan Indonesia berpaut di atas bonet sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Avanza dari Setiabudi, Jakarta Selatan ke Menteng, Jakarta Pusat selepas pemandu enggan memberhentikan kenderaan untuk diperiksa.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/2876
Ketua Perkhidmatan Pengangkutan Jakarta, Syafrin Liputo berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 1 petang hari Rabu ketika anggotanya sedang bertugas memantau kawasan tempat letak kenderaan secara haram di Setiabudi.
Beliau berkata, secara tiba-tiba seorang pemandu Avanza berwarna merah bertindak mengangkat jari tengah sambil merakam aksi anggotanya yang sedang bertugas.
“Pemandu Avanza telah memandu di lokasi kejadian sebanyak empat kali sambil menunjukkan jari tengah ke arah anggota bertugas,” katanya memetik laporan CNBC Indonesia.
Syafrin berkata, anggotanya bertindak memberhentikan kereta tersebut dan bertanya mengapa pemandu bertindak berulang-alik di lokasi kejadian sambil menunjukkan jari tengah.
Bagaimanapun pemandu Avanza enggan memberi kerjasama dengan melarikan diri sehingga hampir melanggar anggota bertugas.
Salah seorang anggota terpaksa berpaut ke atas bonet kereta Avanza bagi menyelamatkan diri daripada dilanggar.
Jelasnya, pemandu Avanza juga hampir melanggar seorang penunggang motosikal dan tidak memberhentikan kenderaaan.
Katanya, kejadian tersebut berakhir apabila dua orang awam membantu mengejar dan memberhentikan pemandu Avanza di kawasan Meteng.
“Pemandu Avanza telah dibawa ke Balai Polis Setiabudi dan masalah telah diselesaikan secara baik.
“Pemandu juga telah bertindak memohon maaf kepada anggota Jabatan Pengangkutan,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

