‘Raja Dadah Malaysia’ akan hadapi pertuduhan di Thailand – Ayob Khan

Dari Penulis

Lelaki dikenali sebagai ‘Raja Dadah Malaysia’ yang ditahan di Laos baru-baru ini akan menghadapi pertuduhan di Thailand, dan tiada cadangan untuk beliau diekstradisi ke Malaysia, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata lelaki berusia 41 tahun berasal dari Perak yang berkahwin dengan wanita Thailand itu dipercayai telah melakukan kegiatan menyeludup dadah sejak sekian lama.

“Mana-mana rakyat Malaysia di luar negara dan melanggar undang-undang negara terlibat kita serah kepada negara berkenaan untuk ambil tindakan,” katanya dalam sidang media pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama Polis Diraja Malaysia Bersama Universiti Kebangsaan Malaysia di Bukit Aman, hari ini.

“Biarlah lelaki itu hadapi pertuduhan di Thailand.. pihak berkuasa Thailand ada bukti mencukupi untuk ambil tindakan ke atasnya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan suspek yang dikehendaki polis Thailand kerana kesalahan menyeludup dadah ditahan dalam operasi bersama Thai-Laos pada 29 Dis lepas.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This