Tanyalah sesiapa sahaja, pasti menyukai hidangan spageti mahupun fettuccinne Adabi. Menu paling cepat dan menjimatkan masa. Tidak perlu lama penyediaannya. Lebih mengembirakan, apabila menu yang dimasak menjadi kegemaran seisi keluarga.
Terdapat 3 jenis pasta keluaran baharu Adabi iaitu Spageti Kasar, Spageti Halus dan Fettuccine. Setiap satu pek seberat 500 gm. Pasta keluaran Adabi ini diperbuat daripada gandum semolina berkualiti tinggi serta bijirin terpilih dan dikilangkan menggunakan mesin berteknologi tinggi.

Piawaian dan kawalan mutu yang ketat telah digunakan bagi memastikan produk ini berkualiti tinggi. Produk Bumiputera ini disahkan halal oleh JAKIM.
Untuk menikmati pasta yang enak, teknik merebus pasta mestilah betul. Rebus pasta sehingga ‘al dente’, jika betul caranya pasta akan lembut. Nah! Ini tipnya…
4 LANGKAH MUDAH CARA MEREBUS PASTA
- Gunakan periuk yang lebih besar kerana satu paket pasta (500 gm) ia memerlukan, 5 liter air untuk proses merebus. Jika air berkurangan, pasta akan melekit dan akan keras.
- Pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan garam. Kemudian barulah masukkan pasta dan rebus selama 15 minit.
- Kacau pasta supaya tidak melekat, agar ia masak sempurna dan sekata. Jangan masak melebihi masa yang dicadangkan, tekstur pasta akan lembik dan tidak akan sedap.
- Tus pasta yang telah siap direbus. Jangan bilas pasta dengan air. Tuskan sahaja sehingga kering. Jangan lupa, asingkan sedikit air rebusan pasta untuk memekatkan sos, rasanya lebih mantap.
Olah menu mengikut resipi yang anda inginkan seperti bolognese, carbonara dan aglio olio, pastinya sedap! Kualiti dijamin oleh Adabi. Sedapnya pasta Adabi, berbeza dari yang lain. Selamat mencuba!

https://vt.tiktok.com/ZSN4MDQV7/
SUP FETTUCCINE CHIANG MAI (KHAO SOI)
BAHAN
800 gm Adabi Fettuccine – rebus
600 gm paha ayam – potong kecil
4 sudu besar minyak sayuran
4 sudu besar pes kari merah Thai
4 cawan Stok Ayam Adabi
2 kotak Santan Adabi
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula kabung – sagat halus
¼ cawan daun ketumbar – cincang kasar
1 biji limau – potong nipis,
2 labu bawang merah – potong kecil-kecil, untuk dihidangkan
2 sudu besar sambal belacan Adabi
4 sudu besar lobak jeruk – cincang halus
Kulit wantan – potong jalur memanjang & digoreng
CARA PENYEDIAAN
- Didihkan air, rebus fettucine sehingga lembut atau al dente. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng kulit wantan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak sayuran dalam periuk besar di atas api sederhana. Masukkan pes kari Merah Thai, tumis selama dua minit.
- Masukkan ayam, kacau seketika. Kemudian masukkan santan, pati ayam, sos ikan dan gula kabung. Kecilkan api sederhana kecil, renehkan selama 20 minit.
- Sebatikan rasa garam, gula kabung dan sos ikan, mengikut cita rasa anda.
- Sup fettuccine Chiang Mai telah siap untuk dihidangkan. Taburkan hirisan daun ketumbar, bawang merah, pes cili, lobak jeruk dan limau nipis.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

