Isu rumah pelacuran, Rosyam Nor mohon maaf – “Tonton keseluruhan video apa yang dibincangkan”

Dari Penulis

PENERBIT dan pelakon Datuk Rosyam Nor tampil membuat permohonan maaf atas keterlanjurannya mengeluarkan kenyataan untuk membenarkan rumah pelacuran dibuka khusus untuk warga asing di negara ini.

Jelas Rosyam, dia tidak menyangka kenyataan tersebut mendapat pelbagai reaksi dan ramai tersalah tafsir dengan apa yang dikatakan.

“Kecoh satu, dua hari ini pasal isu rumah pelacuran kononnya saya ada buat kenyataan. 

“Apa-apa hal pun saya minta maaf dulu sebab tak sangka benda ini akan jadi viral,” katanya menerusi hantaran di Instagram (IG), hari ini.

Rosyam turut meminta orang ramai untuk menonton video penuh yang dimuat naik ke akaun TikTok Suhan Channel dan membuat penilaian sewajarnya.

“Tapi itu sebenarnya untuk program podcast aku dekat Suhan Channel. 

“Itu adalah perbincangan, jadi saya rasa baik semua orang kalau ada masa pergi ke Suhan Channel tengok keseluruhan video apa yang dibincangkan.

“Terima kasih kerana peka dengan keadaan, sekali lagi saya minta maaf atas kecelaruan yang berlaku,” katanya.

Terdahulu, Rosyam menerusi podcast atau audio siar, Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik ke TikTok Suhan Channel menyifatkan pusat pelacuran perlu ada untuk ‘kemudahan’ warga asing lelaki yang kebanyakannya meninggalkan isteri di negara mereka.

Rosyam berkata, perkara itu akan menjurus kepada perlakuan jenayah seperti rogol dan sebagainya.

Bagaimanapun, Rosyam menegaskan itu hanya pandangan peribadi dan meminta penonton untuk menilai sendiri.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This