RUU tubuh agensi tunggal sempadan negara sedang dirangka

Dari Penulis

SATU rang undang-undang (RUU) sedang dirangka bagi merealisasikan penubuhan sebuah agensi tunggal sempadan negara (SBA), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata Jemaah Menteri telah memberi persetujuan kepada cadangan diadakan RUU bagi menubuhkan entiti baharu SBA yang akan memakai satu nama dan beroperasi sebagai satu agensi kawalan sempadan baharu.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini, beliau berkata ketika ini terdapat 23 agensi bertugas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), 14 agensi di Kompleks Sultan Abu Bakar dan sembilan di Rantau Panjang.

Baca artikel lain: Saifuddin selar dakwaan Islam terancam, Melayu terbiar di bawah Kerajaan Perpaduan

“Tujuan kerajaan mewujudkan SBA merupakan keputusan yang betul supaya sistem penyampaian menjadi cekap dan pantas, meningkatkan koordinasi antara agensi dan menambah baik isu integriti,” katanya.

Susulan keputusan Jemaah Menteri itu, Saifuddin Nasution berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memulakan kerja bagi merangka RUU berkenaan dan ia dijangka dibentang di Parlimen suku pertama tahun ini.

Penubuhan SBA diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lepas sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh tahap kesiapsiagaan pertahanan dan keselamatan negara.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This