“Kau dah langgar bapa aku sampai mati tapi kau tinggalkan macam tu je!”  

Dari Penulis

Mutiverse adalah konsep yang sangat menarik. Teori ini bagaikan sebatang kunci yang dapat digunakan untuk membuka sebuah kotak misteri yang terkunci rapat. Justeru, fahami apa yang akan diutarakan sebentar lagi kerana ia agak mencabar fikiran anda. 

Ketika berkunjung ke Seri Menanti, Negeri Sembilan pada tahun 2000, saya ditakdirkan bertemu dengan seorang lelaki berusia awal 50an, bernama Abd. Sukor Daud.

Hari itu Abd. Sukor menceritakan kepada saya, beberapa tahun sebelum itu – sewaktu dalam kesusahan dan menetap di Serendah, Selangor – dia telah didatangi seorang lelaki misteri.

Pagi itu ketika Abd. Sukor sedang termenung seorang diri di pangkin, sebiji kelapa komeng tiba-tiba gugur berhampirannya. Abd. Sukor mengeluh. Dia mengibaratkan nasib dirinya sama dengan kelapa komeng yang dibenci orang dan hanya layak dibuang ke dalam parit.

“Assalamualaikum,” tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki memberi salam.

Abd. Sukor tersentak. Rupa-rupanya ada seorang lelaki berusia pertengahan 50-an sedang berdiri di sebelahnya. Lelaki yang tidak dikenali itu kemudian mengajar Abd. Sukor membuat pelbagai kraftangan menggunakan buah kelapa, buluh dan rotan.

Di samping mengajar, lelaki itu menasihati Abd. Sukor bahawa setiap ciptaan Allah, walaupun buruk dipandang mata, ada hikmah dan kegunaannya. Allah tidak menjadikannya sia-sia, hatta kelapa komeng, rotan dan buluh yang dibuang orang.

Kemudian, lelaki misteri itu mengajar Abd. Sukor membuat ukiran yang berbentuk keagamaan seperti nisan dan masjid. Tujuannya supaya orang yang menggunakan barang-barang kraftangan tadi akan bertambah keimanan mereka.

Gambar sekadar hiasan.

Lelaki itu datang setiap hari sehinggalah Abd. Sukor mahir membuat kraftangan-kraftangan tersebut. Sejak itu, lelaki tersebut tidak lagi muncul. Abd. Sukor pernah bertanya kepada isterinya, Norsiah Ishak, namun Norsiah sendiri tidak tahu kerana dia tidak pernah melihat lelaki berkenaan.

Sebaliknya Norsiah hanya melihat Abd. Sukor membuat kraftangan seorang diri. Malah sebenarnya Norsiah sendiri berasa pelik bagaimana suaminya itu tiba-tiba saja pandai menghasilkan kraftangan sedangkan sebelum itu dia langsung tidak pernah membuatnya.

Misterinya kisah ini ialah lelaki berusia 50-an yang mengajar Abd. Sukor itu muncul secara tiba-tiba, ghaibnya pun secara tiba-tiba. Ia hadir dalam sekelip mata dan hilang tanpa disedari.

Benarkah ada makhluk dari alam lain yang berjiwa murni dan akan membantu manusia yang dalam kesusahan?

Kau bunuh bapa aku!

Manakala itu, seorang pemandu lori kontena yang tinggal di Sijangkang, Selangor, Shahril Jiman, mengalami nasib yang berbeza. Pada pukul 2.30 pagi Ogos 2001, sewaktu membawa lori kontena dari Pelabuhan Klang ke Melaka, Shahril telah terlanggar seorang lelaki berusia 60-an.

Kemalangan itu berlaku di Rembau, Negeri Sembilan, apabila lelaki berkenaan tiba-tiba sahaja muncul dan berlari-lari melintas jalan. Shahril tiak sempat mengelak dan… DAAAMMM!!

Kedengaran bunyi berdentum apabila lorinya merempuh lelaki tersebut. Anehnya, apabila Shahril memeriksa sekitar kawasan kemalangan, lelaki tersebut tiada. Malah tiada sebarang kesan darah mahupun cebisan kain di atas jalan.

Malam esoknya Shahril tiba-tiba dirasuk. Dalam keadaan tidak sedarkan diri itu dia menengking-nengking dengan berkata, “Kau dah langgar bapa aku sampai mati tapi lepas tu kau tinggalkan macam tu je!”   

Kejadian ini berlaku beberapa kali dan hanya berakhir selepas Shahril mengadakan majlis tahlil arwah – seperti yang diminta oleh `lelaki’ yang merasuk dirinya dan mendakwa dirinya anak kepada lelaki tua yang telah dilanggar oleh Shahril.

Ada makhluk daripada angin?

Sekarang mari kita renungkan konsep multiverse iaitu alam di dalam alam dan konsep penciptaan makhluk yang dinyatakan di dalam al-Quran. Di dalam Islam, boleh kita rumuskan ada tiga kategori makhluk yang dicipta oleh Allah.

Pertama, manusia serta semua ciptaan yang ada di alam nyata ini. Kedua, malaikat yang dicipta daripada cahaya. Ketiga, jin dan syaitan yang dicipta daripada api (Al-Maarij dan As-Samuun).

Mari kita perhalusi konsep ini. Pernahkah anda terfikir, api itu ada banyak kategori. Ia mempunyai pelbagai warna berdasarkan darjah kepanasan serta sumber bahan bakarnya. Sebagai contoh api merah dan kuning suhunya di bawah 1,000 darjah Celsius dan dianggap kurang panas.

Api berwarna biru suhunya kurang dari 2,000 darjah Celsius manakala api berwarna putih suhunya melebihi 2,000 darjah Celsius. Dikatakan juga terdapat api yang berwarna hitam dan api yang paling panas ini berada di neraka.

Selama ini pernahkah anda terfikir akan kemungkinan Tuhan telah menciptakan makhluk-makhluk yang berbeza dari api yang berbeza darjah kepanasan dan warnanya? Daripada perbezaan inilah wujudnya makhluk-makhluk yang berbeza rupa paras dan hidup di dalam alam yang berlainan hukum fizik.

Ia umpama lapisan cermin, ada yang 100 peratus lut sinar, ada yang 25 peratus, 50 peratus, 75 peratus dan sebagainya. Oleh kerana itu, ada makhluk yang kadangkala dapat dilihat oleh mata kasar dan ada yang boleh menjelmakan diri dalam bentuk fizikal, bau mahupun bunyi.

Keadaannya adalah seperti manusia. Walaupun kita semua manusia, namun kita berbeza warna kulit, saiz fizikal, emosi dan tahap kebijaksanaan. 

Konsep multiverse meyakini ada alam lain selain alam yang kita mampu lihat hanya dengan mata kasar.

Diulangi, konsep multiverse meyakini adanya alam lain di dalam alam nyata ini. Teori ini mendapati, mungkin ada `makhluk’ atau `alam’ yang wujud daripada masa lalu, masa hadapan dan sebagainya. Selain itu, kajian paranormal pula mendapati, ada makhluk atau entiti yang terhasil daripada letusan emosi.

Nah, seandainya makhluk boleh terhasil daripada letusan emosi, tidak keterlaluan jika kita memikirkan kemungkinan Tuhan juga ada mencipta makhluk daripada bahan-bahan yang lain, misalnya air dan udara, dan ia hidup dalam hukum fizik yang tersendiri.

Sekarang cuba kita fikirkan tentang fenomena Objek Tidak Dikenali (UFO) dan makhluk asing. Dari manakah asal mereka? Mereka diciptakan daripada apa? Bagaimanakah hukum fizik mereka?

Semua ini adalah andaian. Seperti mana ahli-ahli astrofizik, saya tidak mengatakan ianya betul. Tetapi saya percaya konsep multiverse ini mampu membuka jawapan kepada pelbagai pertanyaan yang membelenggu fenomena misteri.

Kalau anda tidak percaya pun tidak mengapa, tetapi sekurang-kurangnya teori-teori sains ini dapat membebaskan fikiran anda daripada terus berfikiran tradisional.

Perlu sentiasa ada dalam fikiran kita, ahli-ahli sains dan pengkaji paranormal barat sangat kritikal dan skeptikal. Namun mereka juga menjadi bingung apabila sesuatu fenomena itu tidak dapat dibuktikan secara sains.

_____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kecoh dakwaan Kuil Ular jadi tempat memohon hajat orang Islam, Malar dedah cerita sebenar

Isu berkaitan sebuah rumah ibadat yang dikenali sebagai Kuil Ular kembali menjadi perbualan di media sosial. Sebelum ini, Mastika mendapat...

More Articles Like This