DUA penjawat awam ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian samun dan rogol seorang pelajar kolej di Bukit Ampang View, 10.09 malam kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima dua laporan daripada pengadu seorang lelaki tempatan dan perempuan warga asing.
Beliau berkata, kejadian berlaku ketika pengadu dan rakan lelaki berada di lokasi kejadian sebelum ditahan oleh dua lelaki yang lengkap beruniform.
“Kedua-dua suspek bertindak membawa pengadu dan rakannya ke tempat yang berasingan.
“Salah seorang suspek bertindak merogol pengadu perempuan manakala pengadu lelaki dibawa ke bank kerana perlu menjelaskan bayaran yang diminta atas kesalahan lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kedua-dua suspek telah ditahan pada petang semalam dan direman selama tujuh hari.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376/395/397 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

