MCMC pastikan penyedia perkhidmatan rangkaian tak kenakan caj tambahan 5G

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memastikan setiap penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih mematuhi komitmen kerajaan untuk memastikan tiada caj tambahan bagi akses 5G.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, pengumuman Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berhubung perkara tersebut adalah selari dengan usaha berterusan kerajaan.

Katanya, ia bagi menyediakan akses teknologi telekomunikasi canggih yang adil dan saksama buat seluruh rakyat Malaysia.

“MCMC menyokong penuh komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih tidak mengenakan caj tambahan bagi akses kepada rangkaian 5G.

“MCMC akan memastikan setiap penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih mematuhi komitmen yang telah dinyatakan,” katanya dalam kenyataan itu.

Baca artikel lain: Kerajaan sasar 50 peratus kawasan luar bandar dapat liputan 5G pertengahan 2024 – Ahmad Zahid

Mengulas lanjut, MCMC memberitahu perkhidmatan rangkaian 5G telah berjaya mencapai 80.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk setakat 31 Disember 2023 lalu.

Pengguna boleh membuat aduan berhubung caj akses 5G menerusi portal pengguna MCMC di https://aduan.mcmc.gov.my atau menghubungi talian 1-800-188-030.

Selasa lalu, Fahmi mengumumkan tiada bayaran tambahan akan dikenakan syarikat telekomunikasi kepada pengguna untuk mendapatkan akses rangkaian 5G.

Menurut Fahmi, keputusan untuk tidak mengenakan bayaran bagi mendapat akses 5G itu dimaklumkan oleh semua ketua pegawai eksekutif syarikat telekomunikasi kepada beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This