Linda Onn dedah pernah terima nasib sama dengan Tyzo – “Kejayaan kadangkala tak sentiasa dibalas dengan keindahan, nasib kita di hujung dakwat pen”

Dari Penulis

SEJAK berita pengumuman penyampai radio Tyzo Xander yang ditamatkan pekhidmatanya serta-merta di stesen Suria FM pada 12 Januari lalu, ramai menyatakan rasa simpati terhadap nasib yang menimpanya termasuklah Linda Onn.

Linda yang merupakan bekas penyampai radio di beberapa stesen sebelum ini turut berkongsi pengalaman sama sewaktu dia masih lagi duduk di kerusi DJ radio di konti stesen berkenaan.

Menurut Linda, ketika ditawarkan untuk menjadi penyampai radio berkenaan, dia akui terkejut dengan jumlah pendengar yang dianggap sangat sedikit.

“Satu pintu tertutup, 10 lagi bakal terbuka. Sebenarnya seronok kerja dekat Suria ni dulu. Seronok sebab strategi kumpulan kami berjaya naikkan rating Suria FM.

“Ingat lagi betapa saya terkejut bila baru nak tanda tangan kontrak dapat tahu pendengar 700 ribu sahaja. Maklumlah kita dah biasa pendengar berjuta-juta.

“Masa tu suruh pendengar telefon, phone tak berbunyi. Tapi berkat usaha gigih pasukan, ada Halim Othman, ada Kudsia Kahar, ada Adi Fashal, ada kak Adibah Noor, Alhamdulillah, lepas itu dapat lebih tiga juta pendengar.

“Terus pendengar mengetahui kewujudan Suria FM. Baharu sebut topik, line phone menyala non stop! Penangan kita orang dulu,” katanya.

Pun begitu, Linda meluahkan rasa terkilan apabila usaha gigihnya itu sehingga berjaya membuatkan Suria FM dikenali ramai tidak dipandang pihak atasan.

Lebih memeritkan lagi aapbila kontraknya bersama stesen radio terbabit turut tidak disambung malah ditamatkan secara tiba-tiba.

“Tapi kejayaan kadangkala tak sentiasa dibalas dengan keindahan. Bila dah berjaya, kontrak kita tak sambung pulak. Padahal tengah rancak, show kita paling high rating.

“Ingat lagi pada hari terakhir diberitahu kontrak tak disambung. Hari itu patutnya interview Dayang Nurfaizah untuk siaran Sabtu. 

“Dayang dah sampai. Baru nak masuk studio, bos panggil beritahu kontrak tak sambung. Jadi, bila dapat tahu kontrak tak sambung, tergendala semuanya.  Otak jammed, Dayang entah ke mana, fikiranku entah ke mana,” luahnya.

Pada masa sama, Linda turut memberitahu hanya mereka yang pernah berada dalam dunia radio saja akan merasai pengalaman tersebut.

“Tapi inilah realiti dunia radio. Dengar macam best. Terpeleot sikit, nasib kita di hujung dakwat pen tu. Tengah sedap dapat rezeki, tengah sedap layan pendengar, tengah gembira dengan pekerjaan, tup tup esok kontrak tamat, sabar je lah.

“Yang tahu dunia radio saja tahu. Banyak yang Indah tapi segalanya bergantung kepada ‘kontrak sambung ke tak’, walaupun menang Anugerah Bintang Popular BH tujuh kali sekalipun, tak membantu ya.  Sekian pengalaman daripada saya,” katanya.

Terdahulu, Tyzo mendedahkan keputusan untuk tidak lagi bersama Suria FM bukanlah atas kehendak dirinya.

Jelas Tyzo, sedar dirinya tidak mempunyai kuasa dan pilihan, justeru dia terpaksa akur untuk mengucapkan selamat tinggal kepada stesen tersebut. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This