POLIS sedang menjalankan siasatan berhubung satu kejadian kebakaran melibatkan Masjid Kampung Parit Simis Darat, Sri Medan di Batu Pahat malam semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian pada pukul 10.50 malam itu disedari oleh seorang penduduk tempatan yang secara kebetulan hendak singgah ke masjid tersebut.
Beliau berkata, saksi bertindak meminta bantuan rakan dan penduduk kampung untuk membantu memadam kebakaran dengan menggunakan air dan pemadam kebakaran.
“Kebakaran berjaya dipadamkan dalam tempoh 15 minit.
“Pemeriksaan mendapati sebahagian karpet, sejadah, pendingin udara dan mimbar masjid telah terbakar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pasukan bomba dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga telah hadir ke lokasi kejadian untuk membantu siasatan.
Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Yong Peng untuk mengenal pasti punca kejadian.
“Sementara polis pula akan mengesan jika terdapat unsur-unsur jenayah,” ujarnya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Balai Polis Seri Medan di talian 07-4850222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

