Gugup bermain di peringkat tertinggi punca Harimau Malaya tidak menjadi – Faisal

Dari Penulis

PEMAIN kebangsaan, Faisal Halim mengakui kegugupan bermain di peringkat tertinggi mungkin menjadi antara perkara yang dihadapi dirinya sehingga beliau gagal memberikan impak lebih besar dalam perlawanan Harimau Malaya menentang Jordan.

“Apabila dekat Piala Asia ini tahap yang lebih tinggi, sudah tentu pemain semua dengan kegugupan masing-masing dan banyak lagi perkara yang kami perlu belajar.

“Berada di peringkat tinggi ini kami sebagai pemain terima apa sahaja keputusan. Kita bukan lawan pasukan yang selalu kita lawan, kita lawan pasukan yang jauh di tahap lebih baik dari kita,” katanya memetik laporan media.

Bagaimana Faisal atau lebih dikenali Mickey itu menegaskan bahawa sekarang bukan masa untuk menyalahkan sesiapa susulan kekalahan 0-4 Harimau Malaya kepada pasukan ranking ke-87 dunia, Jordan, awal pagi tadi

Empat gol Jordan diraih menerusi dua gol Mahmoud Al-Mardi pada minit ke-12 dan 32, manakala dua gol lagi disumbangkan Mousa Al-Taamari di minit ke-18 dan 85.

Katanya, beliau sendiri tidak menjangka Harimau Malaya akan tewas dengan jumlah jaringan besar dalam aksi pertama Kumpulan E di Stadium Al Janoub itu.

Pemain berusia 26 tahun itu bagaimanapun berkata, kekalahan kepada Jordan tidak akan menjatuhkan semangat barisan pemain untuk memberikan aksi terbaik menjelang perlawanan kedua Kumpulan E menentang Bahrain, Sabtu ini.

“Ini bukan keputusan yang kami inginkan, kami sebagai pemain pun tak jangka benda ini berlaku. Selama tiga minggu kami berlatih buat persediaan dan sebenarnya peluang itu ada untuk pasukan.

“Namun, pada malam ini (awal pagi tadi waktu Malaysia), situasi lain yang berlaku yang mana kami dibolosi dua gol awal. Ini bukan masa untuk menyalahkan kesilapan sesiapa, ini masa untuk kami perbaiki kekurangan.

“Jurulatih Kim (Pan Gon) sudah buat sehabis baik untuk pasukan. Kita masih ada lagi dua perlawanan, peluang untuk kita melangkah (ke pusingan 16 terakhir) itu memang sukar tetapi dalam bola sepak kita usaha dulu, buat yang terbaik,” katanya.

Ujar Faisal yang juga pemain Selangor FC, tahap permainan Malaysia sebenarnya masih jauh lagi jika dibandingkan dengan jaguh Asia yang lain.

Kekalahan itu menyaksikan Harimau Malaya ketika ini berada di kedudukan tercorot Kumpulan E manakala Jordan yang menghuni tangga teratas berkongsi tiga mata bersama Korea Selatan yang menewaskan Bahrain 3-1.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This