SEORANG pekerja ladang maut selepas terjatuh dari aras empat bangunan Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada malam tadi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 9.50 malam daripada petugas keselamatan.
Siasatan mendapati terdapat mayat seorang lelaki dalam keadaan terlentang di belakang lobi bangunan Blok B dipercayai akibat terjatuh.
“Mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun dan sedang menerima rawatan di wad 4B akibat kemalangan jalan raya dan dimasukkan ke dalam wad pada 7 Januari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, hasil bedah siasat mendapati terdapat kecederaan yang konsisten akibat jatuh dari tempat tinggi.
Mayat telah dituntut oleh ahli keluarga dan dibawa pulang ke rumah di Kangkar Baru, Yong Peng.
Polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

