POLIS masih memburu lelaki yang didakwa mengekori seorang wanita di Arcoris Mont Kiara, Kuala Lumpur, pada pukul 11 pagi kelmarin.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/3216
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada pengadu berusia 29 tahun pada pukul 7.16 malam.
Beliau berkata, siasatan mendapati suspek yang disyaki berbangsa Melayu itu telah bertindak mengekori pengadu dari arah belakang hingga ke Kiara 163, Kuala Lumpur.
“Semasa kejadian, pengadu berjalan seorang diri dan sempat merakam video suspek yang mengekorinya.
“Pengadu juga telah memuat naik dua rakaman video memaparkan kejadian di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, usaha mengesan suspek masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan.
Orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

