SKUAD Harimau Malaya yang kini sedang menjalani latihan di Doha, Qatar untuk kejohanan Piala Asia 2023 menerima kunjungan seorang peminat dari Malaysia yang cacat penglihatan, Muhammad Ridzwan Erman Effendi
“Kalau orang lain datang nak tengok Malaysia menang, saya datang nak dengar Malaysia menang,” kata Ridzwan, 27, yang ditemani abangnya, Raff Iskandar Erman Effendi terbang ke Qatar bagi memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan bagi saingan Piala Asia kali ini.
Beberapa pemain pemain skuad Harimau Malaya telah menyantuni Muhammad Ridzwan di hotel penginapan pasukan di Doha, Qatar sebelum mereka ke padang latihan, petang tadi.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin; ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon turut menyantuni Muhammad Ridzwan dan menyatakan Malaysia akan membuat yang terbaik dalam perlawanan selepas ini bagi rakyat dan negara.
Pada pertemuan tersebut, Ridzwan berkesempatan untuk berbual dengan beberapa pemain Harimau Malaya, antaranya Faisal Halim, Shahrul Saad dan Arif Aiman Hanapi.
“Saya sebagai pemain, berasa amat bangga dengan semangat penyokong Malaysia terutama Ridzwan yang cacat penglihatan sanggup datang memberi sokongan kepada skuad kebangsaan di ini,” kata Faisal katanya memetik hantara video di media sosial FAM.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

