“Mental pemain Malaysia kuat, kami telah pulih dan akan bangkit” – Pan Gon

Dari Penulis

HARIMAU MALAYA tidak melatah dan cepat menukar falsafah permainan dengan serta-merta biarpun tersentak dibelasah 0-4 kepada Jordan dalam perlawanan pembuka Kumpulan E, Piala Asia Isnin lalu.

Barisan negara kelihatan gugup dalam separuh masa pertama di Stadium Al-Janoub itu hingga dibolosi 0-3 yang secara tidak langsung menjejaskan moral bukan sahaja pasukan di Qatar, malah peminat di tanah air.

“Kami telah melihat semula perlawanan lalu untuk memperbaiki sesuatu. Kami meluangkan masa untuk pulihkan fizikal, mental termasuk psikologi.

“Saya jalani persediaan sejak semalam dan kami telah ‘pulih’ daripada perlawanan lalu dan bersedia untuk pertemuan esok,” kata memetik laporan Stadium Asto.

“Kebiasaannya, apabila tewas dalam perlawanan dengan keputusan besar, pemain malah saya sebagai jurulatih kecewa kerana ia bukan seperti yang dijangkakan. Inilah bola sepak.

“Kami tidak mungkin akan memenangi setiap perlawanan. Adakalanya kami berdepan situasi sebegini tapi kami sudah terbiasa.

BERITA BERKAITAN Gugup bermain di peringkat tertinggi punca Harimau Malaya tidak menjadi – Faisal

“Kami tahu untuk mengawal diri. Pemain saya sangat matang dan profesional dan tahu mengawal situasi sebegini.

“Mentaliti rakyat Malaysia sangat kuat dan sentiasa berjuang dalam keadaan begini maka saya percaya pemain akan bangkit dan membuktikan bahawa mereka mempunyai kekuatan mental,” katanya dalam sidang media perlawanan sebentar tadi.

Kesebelasan utama yang diterapkan Kim Pan-gon mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat sukan yang menuntut ketua jurulatih pasukan kebangsaan itu agar tidak lagi bereksperimen dalam misi menghidupkan peluang melepasi peringkat kumpulan apabila berdepan Bahrain, malam esok.

“Kami tidak datang untuk seri mahupun kalah.

“Perlawanan esok sangat getir, sangat penting buat kami.

“Sekalipun bertemu bertemu Republik Korea, kami mahu menang. Walaupun ada jurang, pasti ada jalan untuk menang. Kami hanya menyasarkan kemenangan.

“Dalam tempoh dua tahun ini, kami kerap bertemu pasukan setaraf seperti Bahrain termasuk China, Syria, India dan Turkmenistan.

“Kami kalah atau seri, kami tetap dengan corak permainan yang sama.

“Jadi kenapa persoalkannya sekarang. Inilah corak permainan Malaysia. Kami berikan 10-0, 4-0, 5-0, 4-2, 5-3. Banyak keputusan (besar) seperti ini.

“Kami akan kekalkan rentak yang sama. Kami mahu mendominasi dan buat lawan bergelut,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This