Tiada individu mahupun keluarga boleh lebih kaya daripada negara – Salleh Keruak

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

TIADA rakyat atau mana-mana keluarga yang boleh lebih kaya daripada negara, kata bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Menerusi perkongsian di media sosial beliau, Salleh berkata, hal itu kerana individu atau keluarga yang mempunyai kekayaan melebihi negara dilihat mampu memberi pengaruh yang tidak wajar terhadap kerajaan dan tadbir urusnya.

“Kita tidak seharusnya membenarkan keadaan di mana rakyat atau keluarga persendirian boleh menjejaskan kepentingan awam negeri atau negara serta demokrasi.

“Tetapi jika rakyat atau keluarga persendirian jauh lebih kaya daripada perbendaharaan negara, mereka boleh mengawal dan mempengaruhi keputusan utama kerajaan serta sistemnya,” katanya.

Baca juga: Ketika siasatan, SPRM boleh sita Menara Ilham sehingga 18 bulan

Mengulas lanjut, Salleh berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat nekad mewujudkan tadbir urus yang baik.

Selain itu, katanya, kerajaan ketika ini juga memperlihatkan komitmen untuk mengagihkan kekayaan secara saksama bagi memastikan ekonomi negara kekal sihat.

“Oleh itu, kerajaan mungkin memerlukan rakyat atau keluarga tertentu yang mempunyai harta yang besar untuk mengisytiharkan harta mereka bagi memastikan sejauh mana kekayaan mereka.

“Usaha ini boleh memberi kesan jangka panjang yang positif kepada rakyat dan negara. Dan amalan pengisytiharan aset yang betul dan percukaian yang adil adalah pendekatan yang positif dan semua pihak harus mengalu-alukannya, terutamanya golongan kaya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This