“Berhenti cakap saya bawa lari anak, pintu rumah sentiasa terbuka untuk awak” – Shakilla Khoriri mohon Fizi Ali berkomunikasi dengan baik & tenang

Dari Penulis

PELAKON Shakilla Khoriri tidak menghalang untuk bekas suaminya yang juga penyampai radio, Fizi Ali untuk berkunjung ke rumahnya untuk bertemu dengan anak tunggal mereka, Ameena Sofia.

Malah, kata Shakilla tiada istilah menceroboh di kawasan rumahnya jika Fizi ingin berjumpa dengan anak perempuannya.

“Daddy Ameena (Fizi), rumah saya sentiasa terbuka untuk awak datang bila-bila masa untuk berjumpa dengan anak awak.

“Tidak ada istilah menceroboh sebab awak sebahagian daripada hidup Ameena.

“Kami sentiasa tunggu panggilan video dan mesej awak untuk berjumpa,” katanya.

Pada masa sama, Shakilla turut menegaskan untuk berhenti menuduh dia membawa lari anak sekaligus berniat untuk memisahkan kasih sayang daripada seorang bapa.

“Awak tak mencari Ameena, jadi berhenti cakap saya larikan anak awak. Stop it!

“Tolong berkomunikasi dengan saya secara baik dan tenang.

“Kita boleh lakukan, Daddy Ameena (we can do this Daddy Ameena),” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Jelas Shakilla, dia tidak tergamak untuk memutuskan hubungan seorang anak dengan bapanya sekaligus tidak menafikan kasih sayang yang diperlukan Ameena daripada kedua pihak.

Dalam hantaran sama, Shakilla meluahkan rasa sudah penat apabila kisah peribadinya lebih menjadi perhatian di media sosial.

Sebagai ibu, dia akui bukan mudah baginya untuk memberikan yang terbaik untuk zuriatnya.

“Cukuplah dengan kenyataan saya tak bagi jumpa anak. Cukuplah dengan provokasi dan media sosial. 

“Cukuplah dengan cerita peribadi, saya penat. Beri saya ruang untuk merangka satu perjalanan yang terbaik untuk anak kesayangan kami. Berlapang dadalah dengan apa yang terjadi.

“Tugas saya berat sebagai seorang ibu kandungnya. Satu hari bila cukup ajaran saya pada anak saya, saya sendiri berlapang dada untuk beri pilihan pada dia untuk memilih jalan hidup dia sendiri.

“Sejahat dan sekeji apa pun saya, saya seorang ibu. Saya melahirkan dan saya membesarkan anak saya. Saya lebih memahami ragam anak yang kian membesar,” luahnya.

Terdahulu, prosiding Sulh tidak menemui jalan penyelesaian apabila kedua-dua belah pihak tiada kata sepakat mengenai kes tuntutan hadanah yang difailkan Fizi pada bulan lalu.

Untuk info, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu  Ameena Sofia, 5.

Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Kalau suara tidak pulih, saya bersedia undur diri…” – Datuk Jamal Abdillah dedah realiti pahit disebalik vokal emasnya

INDUSTRI muzik tanah air mungkin bakal kehilangan permata paling berharga sekiranya Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, mengambil keputusan...

More Articles Like This