Gabungan UK’s & Slam dalam konsert muzikal bakal cipta sejarah

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

MELANGKAUI tiga dekad pembabitan dalam dunia muzik tanah air, dua kumpulan muzik pop rock legenda, UK’s dan Slam buat pertama kalinya dalam sejarah bakal bergabung di atas pentas dalam satu persembahan yang sama (gabungan) menerusi Konsert UK’Slam Musical.

Dianjurkan oleh Bombbay Legend Worldwide bersama Amir UKS Entertainment, konsert berdurasi tiga jam itu akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 3 Februari ini.

UK’s yang diterajui Mohd Azmir Bin Muhammad Yusuf @ Amir sebagai vokalis bersama Rozdenil Toni (gitar), Mohamad Saleh Mohd Alias (bass), Amiruddin Shariff (drum) dan turut menampilkan Mustafa Kamal Ahmad @ Mus Satira (gitar), pemain sessionis asal dalam rakaman album kumpulan UK’s. 

Manakala kumpulan Slam diterajui Shah Nizam Abdul Halim @ Shah (gitar), Zamani Ibrahin sebagai vokalis, Eddie Ahmad (keyboard), Nor Azli Masrani (bass) dan Othman Khalid (drum). 

Konsert ini juga bakal disertai oleh pemuzik-pemuzik undangan seperti Raja Mohd Sham (gitar akustik), Mirzan (keyboard), Mohar (seruling bambu), Pa’ang (perkusi). 

UK’s dan Slam menyifatkan, lamaran untuk mereka bergabung dalam satu persembahan di satu pentas yang sama merupakan kelainan dalam sejarah penglibatan karier mereka dalam mengadakan konsert. 

Peluang yang diberikan ini dianggap sesuatu yang tidak terduga dan sukar untuk dilepaskan sebagai pemuzik dan anak seni.

Konsep persembahan ini akan dibahagikan kepada beberapa segmen yang mempunyai nilai sentimental dari segi garapan, susunan dan sentuhan penceritaan melaui elemen visual dan muzikal yang akan digabungkan bersama-sama di dalam persembahan oleh kedua-dua kumpulan. 

Kedua-dua kumpulan bakal mempertaruhkan gaya persembahan masing-masing, tentunya akan memberikan kelainan kepada peminat kerana masing-masing ada aura dan kekuatan tersendiri daripada pelbagai aspek dalam persembahan segmen solo. 

Antara elemen yang akan diketengahkan di antara persembahan daripada setiap segmen ke segmen yang lain akan disulami dengan susunan gabungan audio visual secara muzikal. 

‘Gabungan duet’ antara kedua-dua kumpulan ini seterusnya akan membawa kepada persembahan yang lebih bertenaga dan energetik menerusi segmen yang akan membawa para peminat UK’Slam bergabung menjadi satu untuk bersama-sama menyanyikan keseluruhan irama lagu hingga ke akhir persembahan. 

Selain bernostalgia, konsert ini dijangkakan akan menjadi sebuah persembahan yang penuh malar segar dengan memori dan kenangan buat peminat mereka.

Oleh itu, persembahan ini akan menghidangkan himpunan seleksi 30 lagu terbaik dalam senarai ‘all-time favourite’ bagi kedua-dua kumpulan seperti Rytham Si Jantung Hati, Untuk Apa, Di Luar Kemampuanku, Cintaku, Pahit Akan Manis, Rondo Cinta Buta, Minda Dan Jiwa, Siapa Yang Rampas Cintaku, Nafas Orang Kota, Bila Diri DiSayangi, Di Sana Menanti Di Sini Menuggu, Prosarasa dan Tergamak Kau bagi seleksi lagu kumpulan UK’s dan antara seleksi lagu-lagu kumpulan Slam adalah seperti Buat Seorang Kekasih, Gerimis Mengundang, Nurkasih, Kembali Merindu, Kembali Terjalin, Jika Kau Rasa Getarnya, Rindiani, Tak Mungkin Berpaling, Mentari Muncul Lagi, Kita Terpaksa Bermusuhan, Maria Mariana, Manisnya Rindu, Falsafah Cinta, Satukan Hati Kita, Janji Di Pateri, Kurnia dan Bukan Niat Membalas Derita. 

Tiket-tiket boleh dibeli dengan melayari laman sesawang: www.ilassotickets.com atau hubungi: Tiket hotline: +60 11-1329 7822 (Whatsapp) 

Tiket berharga: GOLD – RM588 (Numbered Seating) SILVER – RM308 (Numbered Seating), BRONZE – RM248 (Numbered Seating) YELLOW – RM408 (Numbered Seating) RED – RM248 (Free Seating) BLUE – RM188 (Free Seating) GREEN – RM108 (Free Seating) ORANGE – RM208 (Free Seating) PURPLE – RM148 (Free Seating) 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kaki drama bersorak! Viu & iQIYI bergabung tenaga, tawar pakej langganan ‘dua dalam satu’

BERITA baik buat penggemar tegar naskhah dari rantau Asia! Dalam satu pengumuman yang menggegarkan industri hiburan digital serantau hari...

More Articles Like This