ISTERI kepada penyampai radio Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha berkongsi rasa terharu selepas menerima sejumlah wang daripada suaminya sebagai tanda penghargaan.
Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan jumlah wang yang diberikan oleh Fizi menerusi hantaran video di Instagram Story miliknya.
“Lepas hantar anak-anak pergi sekolah, balik dia terus tanya nak sampul kiri ke kanan? Nampak belah kanan macam tebal je, kita pun pilih la yang tu. Tapi dalam otak berfikir, ini mesti kena scam dalam sampul yang ada sampul lagi,” ujarnya.
Tidak mampu menahan sebak, Zulaikha kemudiannya terus menangis selepas suaminya berkata wang tersebut diberikan sebagai tanda menghargai dirinya yang sudah bersusah payah menjadi isteri dan ibu yang baik.
“Bila tengok dalam terus menangis! Saya tanya dia kenapa pula bagi tebal-tebal ni? Dia jawab, ‘Terima kasih sebab jaga anak-anak dan mengandungkan anak saya’.
“Macam ni, nak mengandung setiap tahun pun tak apa. Tapi sejujurnya, terima kasih sebab jadi suami terbaik untuk saya dan daddy yang terbaik untuk anak-anak. Semoga kita terus berkasih sayang dan jaga sama-sama ke jannah,” katanya.
Dalam hantaran tersebut, Zulaikha meluahkan rasa syukur dan kasih sayangnya kepada Fizi.
“Slowly but surely okay sayang, Love you to the moon and back dunia akhirat saya,” ungkap Zulaikha.
Untuk info, Fizi dan Siti Zulaikha berkahwin pada 23 Oktober tahun lalu.
Fizi pernah berkahwin dengan aktres Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun mereka memilih haluan masing-masing dua tahun kemudian. Mereka turut dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia, 5

