Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga Datuk Mohammad Rafi

Dari Penulis

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga penulis blog dan aktivis politik Allahyarham Datuk Mohammad Rafi Awang Kechik yang meninggal dunia petang tadi.

Menurut Presiden UMNO itu, beliau sempat menziarahi Mohammad Rafi di Hospital Kuala Lumpur (HKL), 5 petang tadi, sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 6.40 petang.

Ahmad Zahid menyifatkan Allahyarham sebagai seorang kenalan yang setia dan sering membuat semua orang tertawa setiap kali berada bersama beliau.

“Siapa sangka, pertemuan jam 5 petang tadi merupakan pertemuan terakhir saya bersama Allahyarham Datuk Mohammad Rafi Awang Kechik sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir petang tadi.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal baktinya dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta beroleh ganjaran syurga,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Baca artikel lain: Anak muda India perlu diberi peluang dalam TVET berteknologi tinggi – Ahmad Zahid

Terdahulu, anak Allahyarham Fazrin Anwar memaklumkan bapanya meninggal dunia pada usia 60 tahun.

Beliau berkata bapanya yang juga veteran UMNO itu dimasukkan ke hospital sejak dua minggu lepas susulan faktor kesihatan yang merosot dan doktor mengesahkan Allahyarham menghidap kanser buah pinggang.

“Jenazah akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Danau Kota, Kuala Lumpur selepas Zohor,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, menurut Facebook milik Mohammad Rafi (yang kini dikendalikan oleh keluarga) jenazah Allahyarham akan dibawa ke Surau Darussalam Sri Tioman 1, Taman Melati pada 9.30 malam ini dan urusan memandikan serta mengkafankan jenazah akan dilaksanakan pagi esok.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This