Panduan pemakanan warga emas. Bila selera makin turun, cuba ikut tip ini agar tak ada lagi masalah nak makan

Dari Penulis

APABILA usia mencecah 60 tahun, selera makan warga emas semakin menurun dan hanya mengambil sedikit makanan bagi mengalas perut. Ini disebabkan keperluan pemakanan warga emas berbeza dengan mereka yang berusia 40 tahun.

Dalam usia seperti itu, warga emas akan mengalami perubahan fisiologi, psikologi dan sosial. Akibatnya kekuatan otot menurun, sistem imun semakin lemah dan fungsi tubuh semakin tidak cergas menjadikan keperluan makanan mereka berubah berbanding semasa mereka muda.

Pemakanan yang baik pada usia emas dapat membantu mereka sihat dan mengurangkan masalah yang dihidapi. Ikuti tip mengatasi masalah pengambilan makanan.

Jika tidak boleh mengunyah dan menelan makanan dengan betul :

• Potong atau cincang makanan menjadi potongan kecil atau lecek jika perlu.

• Masak makanan hingga lembut.

• Pilih makanan yang berair seperti bubur, sup atau makanan yang berkuah.

• Elakkan makanan yang kasar, keras atau melekit.

• Makan makanan kering bersama sup, susu atau minuman.

Tidak rasa makanan seperti dahulu :

• Perisakan makanan dengan herba dan rempah ratus, halia, daun bawang, bawang putih, lemon, limau dan asam jawa.

• Kurangkan pengambilan sos atau garam secara berlebihan.

Mulut selalu kering :

• Minum sup atau air untuk melembapkan mulut sebelum makan.

• Makan jeruk, acar atau kerabu sebagai pembuka selera untuk merangsang penghasilan air liur. Tapi jangan rangsang penghasilan air liur dengan makanan bergaram seperti ikan masin, telur asin dan sayur masin.

Masalah penghadaman

• Ambil makanan dalam kuantiti yang kecil dan kerap sepanjang hari.

• Kunyah perlahan-lahan.

• Kurangkan kafeina atau alcohol selepas makan.

• Lakukan aktiviti fizikal ringkas untuk membantu proses penghadaman.

• Jangan makan makanan yang pedas dan berempah.

• Elakkan makanan bergoreng atau tinggi lemak.

Tidak berselera makan

• Makan makanan yang anda suka.

• Makan bersama keluarga atau sahabat handai sekiranya berpeluang.

• Makan makanan secara sedikit tetapi kerap pada setiap masa yang ditetapkan sepanjang hari.

Tetapkan jarak masa makan

• Pilih snek yang tinggi khasiat seperti taufu, biskut bijirin penuh atau sandwic telur/ sardin.

• Jadikan setiap hidangan berkhasiat dengan menambahkan daging cincang, ikan, tauhu, telur, kentang atau kekacang pada bubur, mi atau sup.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This