Maklumat Cuka Buah
Gaya hidup moden sering dikaitkan dengan pengamalan makanan tidak sihat (contoh, makanan segera) dan pencemaran alam sekitar.
Faktor-faktor tersebut boleh menjejaskan tahap metabolisme serta fungsi-fungsi menyahtoksin tubuh anda. Anda disaran makan lebih makanan bersifat alkalin seperti buah-buahan, sayur sayuran dan cuka semula jadi dalam pengamalan makanan seharian. Ia boleh membantu badan anda mengekalkan imbangan sihat berasaskan asid, mengekalkan tahap darah sedikit alkali sambil mencipta suasana sihat bagi bakteria baik untuk membiak , seterusnya menyelaras fungsi fungsi lain tubuh.
• Komponen utama cuka adalah asid asetik. Ramai beranggapan cuka boleh menyebabkan darah menjadi lebih asid maka tidak baik untuk kesihatan. Sebenarnya dua komponen yang mencetuskan keadaan asid ialah asid laktik dan asid pyruvik.
Cuka memiliki keupayaan untuk menyah kedua-dua asid di atas daripada saluran darah dan seterusnya membantu mengekalkan tahap sedikit alkalin darah. Cuka dianggap alkalin lemah daripada aspek fungsinya sebalik komposisi asidiknya.
• Cuka merupakan antara makanan Kesihatan terawal dalam sejarah manusia . Ia diperbuat daripada 100 peratus beras pulut yang dipercayai boleh membantu penghadaman, memulih penyerapan khasiat makanan, merangsang metabolisme dan mencipta keadaan dalaman badan yang baik untuk pembiakan bakteria baik.
Cadangan penggunaan: Campurkan cuka buah kegemaran anda dengan air sejuk atau panas mengikut julat sukatan satu bahagian cuka dengan lima bahagian air. Boleh diguna dalam masakan seperti salad, sandwic mengikut cita rasa individu.

Manfaat Cuka Buah
Cuka Buah Epal – Antaranya merangsang peristalsis (pergerakan makanan), memulih sembelit, meningkat pembakaran lemak badan, menurunkan paras tekanan darah, kolesterol, melegakan debaran jantung, merangsang fungsi jantung.
Cuka Lemon – Kaya vitamin C bagi membantu mengelak barah, menurunkan tahap kolesterol, melegakan keletihan, merangsang sistem pertahanan badan, melambatkan penuaan serta mengekalkan ketahanan kulit. Elok untuk penghidap diabetes, darah tinggi, anemia dan osteoporosis.
Cuka buah Markisa – Berupaya menyejukkan badan, membersihkan usus-usus, melega saraf saraf dan sembelit. Lain-lain manfaat ialah melegakan stres, lesu, melawan penuaan, mengelak arteriosclerosis sambil menguatkan sistem pertahanan tubuh.
Cuka Nanas – Mampu memulih selera makan, membantu pencernaan, mengelak sembelit, merawat sakit tekak, pneumonia, jangkitan saluran kencing, keradangan pundi kencing dan mengelak degeneratif arthritis.
Cuka Anggur – Kaya dengan glukosa semula jadi yang mudah diserap tubuh sebagai penyembuh lega hypoglikosemia. Kandungan flavonoids sebagai antioksidan melawan petanda penuaan dan memiliki keupayaan antibarah.
Cuka buah Plum – Membantu memulih metabolisme dan menghindari keletihan. Merangsang peristalsis, memulih loya, melawan petanda penuaan, menyeri kulit dan menguatkan sistem pertahanan tubuh.

