HMBLK 2.0 himpun lebih 2000 pemilik basikal lipat, buat kayuhan 25 kilometer sekitar Iskandar Puteri

Dari Penulis

Himpunan Mega Basikal Lipat Kebangsaan (HMBLK)  menghangatkan lagi komuniti pemilik basikal lipat dengan penyertaan lebih 2500 pemilik dari seluruh negara termasuk Singapura dan Indonesia.

Menurut Nasir Deraman, Pengurus Acara HMBLK 2.0., aktiviti ini mendapat kerjasama dan sokongan dari pihak Tourism Malaysia, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Polis DiRaja Malaysia dan Sunway Big Box. Nasir turut menyifatkan penganjuran kali kedua ini sebagai acara terbesar pernah dilakukan HMBLK.

“Kami selaku penganjur bagi acara ini mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Kelab basikal The Lipatist (Johor) sebagai penganjur bersama HMBLK 2.0. Kerjasama seperti ini amat penting untuk memastikan segala perancangan dan pengurusan lebih teratur. Gabungan beberapa kelab lain juga turut terlibat sebagai pasukan bersama penganjuran kali ini antaranya Underground Foldies Kuala Lumpur (UFKL), Gang Satunam, LOCO Cyclist, Klang Foldies dan  Kami Budak Lipat (KBL).

“Semua kelab memainkan peranan masing – masing bagi memastikan acara ini terlaksana dan lancar dan berjaya. Dalam acara ini juga terdapat  hadiah cabutan bertuah untuk peserta berdaftar bernilai hampir RM50,000,” katanya.

Acara turut dimeriahkan dengan kayuhan sejauh 25 kilometer di sekitar Iskandar Puteri dan disifatkan memberi pengalaman baharu buat peserta yang pertama kali berkayuh di sana.

Terdahulu, Himpunan Mega Basikal Lipat Kebangsaan yang bertempat di Sunway Big Box, Iskandar Puteri, Johor merupakan penganjuran kali kedua di mana acara pertama berlangsung di Matic Kuala Lumpur. Acara HMBLK akan dijadikan sebagai acara tahunan menghimpunkan pemilik basikal lipat. Pahang bakal menjadi tuan rumah bagi HMBLK 3.0 yang dijangka berlangsung sekitar September atau Oktober nanti.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Zulhijjah menyisih ego, membebas jiwa

Oleh : Pegawai Pejabat Zakat, Wakaf, Infaq (ZAWAIN) dan Pensyarah Sambilan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia...

More Articles Like This