Ameng ‘berputih mata’ duit persembahan RM30,000 tidak dibayar, dapat cek tendang

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

VOKALIS kumpulan Spring iaitu Ameng terkilan apabila hasil keringatnya dengan membuat persembahan nyanyian di sebuah acara tidak mendapat bayaran RM30,000 seperti yang dijanjikan.

Bukan tidak pernah menuntut haknya, malah Ameng turut pernah membawa cek ke bank untuk mengeluarkan wang tersebut namun telah di kategorikan sebagai ‘cek tendang’.

“Saya pernah bawa cek tersebut ke bank yang konon boleh dikeluarkan tetapi ia cek tendang.

“Sampai sekarang saya masih tak dapat lagi bayaran RM30,000. Saya menjayakan majlis makan malam yang boleh dikatakan agak mewah dan berprestij di sebuah lokasi.

“Saya pernah minta dan tuntut bayaran tersebut, tetapi ‘ditolak-tolak’ dengan macam-macam alasan,” katanya kepada URTV.

Ameng berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media Konsert Rock Legend Berzaman di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Penyanyi Sampai Hati itu bagaimanapun akui akibat terlalu percaya dengan ‘orang tengah’ bagi acara tersebut tanpa sebarang hitam putih akhirnya memakan dirinya sendiri.

Jelasnya Ameng, dia tidak terfikir untuk menggunakan saluran undang-undang bagi mendapatkan duitnya semula memandangkan perlu mengeluarkan kos sendiri untuk bayaran guaman.

“Saya tak salahkan penganjur sebab yang menjadi isu bila ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab seperti lepas tangan.

“Lagi pula, tiada perjanjian formal jadi tiada bukti kukuh yang boleh di bawa ke mahkamah.

“Sekadar janji mulut saja. Pada awalnya akan dibayar deposit sebelum hari persembahan tapi tiba-tiba katanya nanti mereka akan buat bayaran penuh lepas selesai kerja.

“Itu atas dasar percaya saya terhadap mereka. Iyalah, surat jemputan pun siap ada logo rasmi.

“Kalau nak bawa ke mahkamah sekalipun, saya yang akan berjuang seorang diri tanpa ada sokongan pihak lain,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ameng bakal di Konsert Rock Legend Berzaman bersama  sembilan legenda rock tanah air seperti Muss, Zamani Slam, Amir Ukays, Ezad Lazim, Shidi Data, Azan Scan, Poey Sting dan Hazama.

Konsert anjuran RAR Sky Entertainment itu akan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Mac depan.

Tiket boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my/event/34405 dengan harga bermula dari RM198 sehingga RM358. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This