Lembaga Pengampunan perlu beri penjelasan alasan pengurangan hukuman Najib, kata Khairy

Dari Penulis

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Lembaga Pengampunan perlu memberi penjelasan alasan pengurangan hukuman penjara dan denda bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini menjalani hukuman berkaitan kes SRC International Sdn Bhd (SRC).

Bekas Menteri Kesihtan itu berkata, walaupun lembaga itu tidak terikat untuk menjelaskan keputusan mengurangkan hukuman penjara 12 tahun kepada enam tahun itu tetapi ia perlu dilakukan atas kepentingan awam.

“Saya rasa ini adalah kes berkepentingan awam yang tinggi. Ia membabitkan seorang bekas perdana menteri dan masih ada pengikut dan terlibat dalam jenayah yang dianggap ramai rakyat Malaysia sebagai serius.

“Ini satu keputusan yang sukar, dan kita hormatinya kerana dibuat mengikut undang-undang. Saya rasa penting wakil lembaga menjelaskan alasan pengurangan itu diberikan,” katanya dalam satu program, memetik laporan The Star.
.
Selain hukuman penjara dikurangkan, hukuman denda Najib turut dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50juta.

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkata ia bersetuju Najib dibebaskan pada 23 Ogos 2028. Bagaimanapun, jika Najib gagal membayar denda RM50 juta, hukuman penjara ditambah setahun lagi.

Semalam, Khairy berkata, sebarang keputusan dibuat Lembaga Pengampunan berhubung kes mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi implikasi besar terhadap negara.

Beliau berkata, sekiranya bekas Ahli Parlimen Pekan itu diampunkan, namun kes yang lain masih dibicarakan, ia akan merumitkan keputusan lembaga tersebut.

“Apa-apa keputusan yang dibuat atau diumumkan nanti memberi implikasi yang sangat besar kerana perlu ingat bahawa Najib ada kes yang sedang berjalan.

“Ia akan rumitkan lembaga kerana boleh ampunkan beliau untuk kes berkaitan SRC International Sdn Bhd (SRC), tapi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih dibicarakan.

“Jadi, bagaimana keputusannya, adakah ia sekali dengan pakej pengampunan dan dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA)? Saya tidak tahu,” katanya pada Khamis dalam program podcast ‘Keluar Sekejap’ bersama mantan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan di YouTube.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This