Tony Pua jangan terlalu biadab – Wan Rosdy

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memberi amaran kepada bekas ahli Parlimen DAP, Tony Pua agar tidak bersikap biadab dengan memperlekehkan keputusan Lembaga Pengampunan.

Wan Rosdy dalam kenyataan hari ini menegaskan, tindakan Tony yang memperlekehkah keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak itu jelas menghina perundangan negara.

Menurut beliau, tindakan Tony juga seolah-olah cuba meraih publisiti murahan memandangkan bekas Setiausaha DAP itu sudah tidak lagi mendapat sokongan rakyat.

“Tony juga telah ditolak oleh ahli partinya sendiri dan semakin menuju kepada pengakhiran karier politik beliau.

“Oleh yang demikian, saya mendesak agar Tony membuat permohonan maaf serta memadam semua hantarannya itu atau tindakan undang-undang boleh dikenakan,” kata Wan Rosdy.

Baca juga: Tony Pua gagal menilai projek HSR, mujur tiada jawatan dalam kerajaan – Puad

Terdahulu, Tony dilaporkan memuat naik tiga hantaran bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap diskaun hukuman yang diberikan kepada Najib.

Secara sinis beliau meminta seseorang untuk menghantarnya ke penjara selama setahun dan akan membayar RM50 juta sebagai pertukaran.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, seluruh ahli UMNO dan beliau bersedih dan terkesan dengan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib.

“Bagaimanapun kita tetap menghormati keputusan tersebut meskipun hasrat untuk melihat bekas Perdana Menteri itu mendapat pengampunan penuh tidak menjadi kenyataan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan lanjut perjanjian cari MH370 setahun lagi, kekal konsep ‘no find, no fee’

JEMAAH Menteri bersetuju melanjutkan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Ocean Infinity bagi meneruskan usaha pencarian bangkai pesawat Malaysia...

More Articles Like This