Kebakaran kemudahan West Lutong Vent A: Tiada kecederaan dilaporkan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

VESTIGO Petroleum Sdn Bhd (VESTIGO) mengesahkan berlaku kebakaran di kemudahan West Lutong Vent A (WLV-A) di luar pesisir Sarawak kira-kira jam 2 petang semalam.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu memaklumkan kebakaran berkenaan berjaya dikawal, manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

Menurut VESTIGO, pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan bagi menjalankan siasatan menyeluruh selain memastikan semua langkah keselamatan yang diperlukan dilaksanakan.

“Langkah berjaga-jaga yang sewajarnya turut diambil bagi menguruskan sebarang risiko pendedahan susulan insiden berkenaan,” katanya.

VESTIGO turut mengesahkan tiada kakitangannya terjejas dalam kejadian itu.

Malah, syarikat berkenaan memaklumkan insiden terbabit tidak menimbulkan ancaman segera kepada komuniti setempat atau alam sekitar.

Menurutnya, pemantauan di lokasi akan diteruskan, selain menegaskan komitmen syarikat untuk terus mengutamakan keselamatan pekerja, melindungi alam sekitar dan memastikan integriti operasi sentiasa dipelihara.

Sejak petang semalam, video berdurasi 26 saat memaparkan letupan di sebuah fasiliti minyak dan gas di tengah laut perairan Miri tular di media sosial.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This