SEORANG ketua jabatan sebuah kementerian dan seorang pengarah syarikat masing-masing direman lima dan empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu bernilai RM49,900 tahun lepas.
Majistret Khairunnisak Hassni membenarkan permohonan reman dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka yang menahan kedua-dua lelaki berumur 42 dan 41 tahun itu ketika mereka memberi keterangan di pejabat agensi berkenaan pada petang semalam.
Kedua-dua suspek dikatakan bersubahat membuat tuntutan palsu berkaitan pembekalan bagi sebuah program yang diadakan di sekitar Melaka sedangkan pembekalan terbabit tidak pernah dilaksanakan pada tahun lepas.
Baca juga: PM nafi dakwaan Kerajaan Perpaduan longgar permasalahan rasuah
Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

