Aliran trafik meningkat menjelang Tahun Baharu Cina

Dari Penulis

ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama meningkat susulan pertambahan kenderaan, berikutan cuti panjang menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada Sabtu ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad memaklumkan setakat 9 pagi ini, aliran trafik meningkat di Permatang Pauh-Perai, Slim River-Sungkai, Setia Alam-Shah Alam dan Bandar Gamuda Cove-Bandar Saujana Putra.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata di kawasan selatan negara, kenderaan bergerak perlahan di Ayer Keroh-Jasin manakala aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, LPT 2, Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Skudai lancar di kedua-dua arah.

Baca artikel lain: Tahun Baharu Cina: LLM jangka trafik lebuh raya utama meningkat 2.4 juta

“Aliran trafik dijangka terus meningkat pada sebelah petang selepas waktu bekerja dan orang ramai mengambil peluang menggunakan kemudahan tol percuma selama dua hari bermula hari ini,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letupan bom Tak Bai: Dua rakyat Malaysia dipindahkan ke hospital di Kelantan

DUA rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian letupan bom di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam telah...

More Articles Like This