Ahli Parlimen patut selesaikan masalah di antara sivil dan syariah – Haniff Khatri

Dari Penulis

AHLI Parlimen sepatutnya memainkan peranan bagi menyelesaikan pertikaian antara peruntukan di dalam undang-undang sivil dan syariah.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, para peguam menerusi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) telah menghantar petisyen yang mengandungi syor pindaan sejak tahun 2021.

“Malangnya sampai hari ini, Parlimen sama ada di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak nampak penyelesaian,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Istana Kehakiman, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan yang perlu dilakukan kerajaan selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan 16 daripada 18 peruntukan di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 tidak sah dan terbatal.

Baca artikel lain: Parlimen, Negeri tidak boleh buat undang-undang melangkaui Perlembagaan – Mahkamah

Mohamed Haniff bagaimanapun bersyukur terhadap keprihatinan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang mengarahkan satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan bagi membuat kajian mendalam dan kritikal mengenai kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam di bawah enakmen negeri serta bidang kuasa mahkamah syariah.

“Kami harap perkara ini dapat diselesaikan segera supaya kuasa gubalan negeri-negeri apabila disahkan tidak akan menghadapi masalah untuk dicabar di mahkamah,” katanya lagi.

Sementara itu, peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mendesak, kerajaan Persekutuan mewujudkan 16 kesalahan yang diisytiharkan tidak sah agar tidak lagi timbul isu undang-undang.

“Selain itu, kerajaan juga perlu melihat kembali perkara yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memperjelaskan supaya kita tahu di mana garis panduan dan berbezaan antara kuasa DUN dan Persekutuan dengan jelas,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This