Percaya Tak? Bukan Semua Orang Pernah Makan Atau Tahu Buah Pisang Kaki

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Jangan terperanjat ya…ada juga di kalangan kita tidak pernah menikmati keenakan buah pisang kaki serta tidak mengenali buah ini. Tidak kurang juga ada yang beranggapan, pisang kaki adalah sejenis pisang tanpa melihat bentuk buahnya, sekadar menyebutnya sahaja.

Pisang kaki bentuknya seakan tomato, berwarna jingga dan rasanya manis, kaya dengan kandungan antioksidan serta mempunyai kandungan serat dua kali ganda berbanding epal. Kaya dengan vitamin A, C, zat besi, kalsium, magnesium, protein, dan potassium.

Terdapat dua jenis pisang kaki yang terdapat di negara kita iaitu fuyu dan hachiya. Bentuk fuyu lebih kecil, leper dan rangup. Manakala jenis hachiya, apabila masak baru boleh dimakan.

Pisang kaki boleh melindungi sel yang mempercepatkan proses penuaan. Tannin yang ada pada buah ini juga dipercayai boleh merawat] strok dan kandungan gulanya baik untuk menguatkan otot jantung. Buah ini juga bertindak sebagai booster.

Buah ini juga di katakan baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan pengaliran darah dalam pembuluh darah serta boleh mengatasi sembelit. Serbuk putih pada kulit luar buah ini pula, mengandungi matenol, glukos dan ia amat baik
untuk paru-paru serta jantung.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Status Halal JAKIM Cetus Fenomena, Churros+ Kini Jadi Pilihan Utama Snek Premium

JENAMA snek premium popular, Churros+, berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan selepas secara rasmi menerima Pensijilan Halal daripada Jabatan...

More Articles Like This