Salad Kentang Saleri Tidak Menggemukkan!

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Ubi kentang boleh dipelbagikan cara memasaknya. Menu barat, timur, fusion bahkan hidangan tradisional juga boleh diolah menggunakan kentang. Ternyata menu berasaskan kentang disukai dan diterima oleh kebanyakan masyarakat dunia.

Kentang kaya dengan vitamin seperti B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi serta tiada sodium. Ubi kentang tidak menggemukkan! Lemak di dalam ubi kentang di bawah paras 25 peratus dan membekalkan karbohidrat kompleks manakala kandungan kalorinya adalah rendah, malah dikenali sebagai bahan makanan bebas kolesterol. Siapa kata makan kentang menggemukkan?

Salad Kentang Saleri
BAHAN

120 gm ubi kentang – potong kiub dan rebus
50 gm mayonis
Yogurt secukupnya
2 tangkai daun parseli – cincang halus
1 batang saleri
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN

  1. Gaul sebati mayonis, yogurt, daun parseli dan
    garam.
  2. Kemudian masukkan ubi kentang yang telah direbus dan saleri. Gaul rata.
  3. Akhir sekali, masukkan ke dalam peti sejuk seketika.
    hidangkan

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This