MOSTI siasat cahaya terang di ruang udara Sabah, tiada serpihan ditemui

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang menjalankan pemantauan aktif susulan laporan penampakan cahaya terang di ruang udara Sabah pada malam Khamis lalu.

Begitupun, menurut MOSTI, setakat ini tiada penemuan serpihan objek mencurigakan dilaporkan.

MOSTI dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) menerima maklumat awal berhubung kejadian berkenaan dan sedang bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi mengenal pasti punca sebenar fenomena itu.

Menurut kementerian itu, sehingga kini pihak berkuasa tidak menerima sebarang laporan rasmi mengenai penemuan serpihan objek yang disyaki mempunyai kaitan dengan objek angkasa termasuk kemungkinan sisa roket, sama ada di kawasan daratan mahupun perairan.

“Pemantauan sedang dijalankan secara aktif oleh BPAngkasa bersama agensi berkaitan bagi menilai situasi dan mendapatkan maklumat lanjut,” menurut kenyataan itu.

Susulan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin ditemui, sebaliknya segera melaporkannya kepada pihak berkuasa.

MOSTI turut meminta orang ramai menghubungi talian kecemasan 999 atau menghubungi terus BPAngkasa sekiranya mempunyai maklumat berkaitan penemuan objek mencurigakan.

Dalam masa sama, kementerian itu menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian terbabit dan hanya merujuk kepada saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

MOSTI berkata, sebarang perkembangan lanjut mengenai insiden itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This