Malaysia layak ke suku akhir BATC

Dari Penulis

SKUAD lelaki negara membenam Kazakhstan 5-0 untuk mengesahkan tempat ke suku akhir Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2024, di Shah Alam hari ini.

Selepas mengalahkan Brunei dengan keputusan sama dalam perlawanan pembukaan semalam, Malaysia sebagai juara bertahan meneruskan aksi hebat dalam Kumpulan B untuk memperoleh satu lagi kemenangan tanpa sebarang kekalahan di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam.

Pemain perseorangan profesional lelaki, Lee Zii Jia, yang direhatkan semalam, menghadiahkan mata pertama apabila menewaskan Dmitriy Panarin 21-11, 21-10, manakala Leong Jun Hao menggandakan mata  selepas mengalahkan Ibray Bayken 21-8, 21-11.

Pemain muda, Eogene Ewe, 19, kemudian mengesahkan mata kemenangan untuk Malaysia selepas menewaskan Makhsut Tajibullayev 21-7, 21-9.

Kemudian dalam acara beregu, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri menewaskan Ratmir Gilmanov-Ibray Bayken 21-10, 21-9 manakala Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mengalahkan Khaitmurat Kulmatov-Makhsut Tajibullayev 21-6, 21-2 untuk melengkapkan kemenangan mutlak.

Pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik direhatkan hari ini.

Selepas bermain perlawanan yang kelihatan seperti perlawanan pemanas badan menentang Brunei dan Kazakhstan, cabaran sebenar Malaysia menanti esok menentang Taiwan dalam perlawanan terakhir kumpulan untuk menentukan juara kumpulan.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Taiwan menundukkan Brunei 5-0 selepas menewaskan Kazakhstan dengan keputusan yang sama semalam.

Undian untuk peringkat kalah mati akan diadakan malam esok selepas selesai semua perlawanan peringkat kumpulan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan sasaran minimum mara ke separuh akhir untuk kedua-dua pasukan lelaki dan wanita dalam BATC kali ini, untuk memastikan tempat automatik dalam Final Piala Thomas dan Piala Uber, April ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This