Dd Chronicle telah beri keterangan, kertas siasatan dirujuk Peguam Negara esok

Dari Penulis

PEMPENGARUH media sosial, DD Chronicle telah pun selesai memberi keterangan susulan dakwaan video parodinya mempersenda keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, baru-baru ini.

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Ra’e, 43, dipanggil ke Bukit Aman pada Khamis lalu.

Menurut Razarudin, kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara, esok.

“Rakaman percakapan suspek sudah diambil di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada jam 10.15 pagi, Khamis lalu.

“Siasatan berkait kes ini dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyan 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” katanya.

Sementara itu, Razarudin memaklumkan, sebanyak 49 laporan polis telah diterima terhadap pempengaruh media sosial itu setakat pukul 8 pagi tadi.

Baca artikel lain: Lebih 40 laporan polis diterima berhubung isu Dd Chronicle – KPN

Beliau berkata, sebanyak 12 laporan diterima di Johor, lima di Pahang, masing-masing empat di Kuala Lumpur, Perak dan Selangor manakala tiga di Sabah, Kelantan dan Kedah.

“Selain itu, masing-masing dua laporan di Negeri Sembilan dan Terengganu serta masing-masing satu di Perlis, Pulau Pinang dan Sarawak,” katanya.

Baru-baru ini, video berdurasi lebih tiga minit dimuat naik Dd Chronicle dikecam netizen kerana didakwa mempersendakan agama dan menghina mahkamah dengan menyatakan perbuatan minum arak dan berjudi tidak akan dikenakan hukuman.

Video tersebut didakwa mempersenda agama dan menghina mahkamah kerana dipercayai berkaitan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, baru-baru ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This