SEORANG penunggang motosikal maut selepas melanggar belakang sebuah lori di Jalan Rawang Bypass menghala ke Selayang, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 9.13 pagi.
Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 28 tahun yang menunggang motosikal Yamaha R15 itu dalam perjalanan dari Serendah ke Selayang.
“Sampai di lokasi kejadian, mangsa telah melanggar belakang sebuah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun.
“Akibat kejadian, mangsa telah tercampak ke atas jalan dan mengalami cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Selayang bagi tujuan bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Suharman Che Musa di talian 019- 6751727.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

